PENGUMUMAN

Yayasan amanah an-nur maisarah dalam usaha untuk mengumpul dana pendidikan...mohon kerjasama semua untuk sebarkan kepada saudara mara dan sahabat handai.....

Mendermalah walaupun RM 1.......

Selasa, 22 Disember 2009

KEPENATAN YANG MEMBAHAGIAKAN

15HB HINGGA 18HB AKU N MY WIFE BAWA SEMUA ANAK - ANAK SERAMAI 60 ORANG BERCUTI KE LANGKAWI. LETIH...LETIH....SAJA NAK UPLOAD PIC . MALAS LAK MALAM NIH NAK TULIS PANJANG-PANJANG. YANG PENTING SEMUA HAPPY.LEBIH2 LAGI ANAK - ANAK.





Ahad, 13 Disember 2009

Mencari Ilmu Tambahan ( cendawan )

hari ini aku, my wife n partner membuat lawatan ke ladang cendawan. Aku sampai ke sana jam 9.30 am. terus dibawa oleh pertanian daerah tersebut untuk mendengar taklimat tentang cendawan. daripada cara buat bongkah sehingga tuaian. lepas taklimat tu aku pi masuk kandang kambing sat...hehehe...

pastu aku dibawa untuk melawat ladang cendawan yang telah diusahakan oleh individu yang telah berkecimpung dalam bidang ini selama 20 tahun. sekarang ldang itu diwarisi oleh anak nya jason n sherry.



inilah gambar jason n sherry dari syarikat lemushroom. ramah betul dia nih. ladang dia hasilkan 200 kg cendawan sehari. dan dia jual bongkah cendawan sebanyak 150 000 sebulan. fuhh...byk ilmu yang kami dapat dari depa dua dan juga pegawai pertanian iaitu En. Hadi.ni lah gambar ladang2 dia.





selepas penerangan kami dibawa ketempat bongkah yang hendak dijual. dan kami juga dibawa tengok mcm mana bongkah2 itu dibuat dan dikukus sebelum di masukkan benih.





selepas semua selesai, apa lagi sessi perpisahan la. punyala lapaq aku. kalut pagi tadi xdan makan. jam dah 3 pm. rasa mcm nak telah cendawan tu hidup2. hehehe.sessi perpisahan pun makan masa 30 minit huhuhu..ni lah pic sessi tragis tu..huhu





kami makan kat titi gantung dan pas makan jer apa lagi, aku minta tolong pemandu van aku bawa keta aku dan aku pun......ZZZZZZZzzzzzzzzzz.

Selasa, 8 Disember 2009

Membaja..

Hari ini aku buh baja pokok limau nipis. mula petang tadi sampai maghrib tadi. dapatlah 4 lorong. lebih kurang 80 pokok. sambung esok lak.

tak sempat nak tangkap gambar tadi. esok lah aku masukkan gambar.pokok semua oklah. cuma yang bahagian tanah batu tu lambat sikit tumbesaran dia. kat situ baja lebih sikit.

sambil2 tu aku dok buang daun2 pisang yang mana kuning2. sambil buang sama anak yang lebih2.

sambil aku membaja limau tadi, aku gembur sama. bagi nampak lawa la sikit.huhuhu...

insyaallah bulan lapan tahun depan leh la tuai hasilnya. sama juga dengan pisang pun.