PENGUMUMAN

Yayasan amanah an-nur maisarah dalam usaha untuk mengumpul dana pendidikan...mohon kerjasama semua untuk sebarkan kepada saudara mara dan sahabat handai.....

Mendermalah walaupun RM 1.......

Khamis, 28 Januari 2010

Murahnya Rezki aku dan Anak- Anak

semalam ada seorang hamba allah datang ke yayasan. masa tu aku dalam kereta dah nak keluar ada keje. Mcm kebiasaan aku buat, org datang mesti kena sambut. sebab itu tetamu kita. dia tanya aku, kebun pisang di yayasan nih sapa buat. sebab dia nak bg aku usahakan tanah dia. seluas 6 ekar di belakang masjid chemor tanpa sewa. sebab tu semak sangat. Pastu aku pun pi la tgk tanah tu dengan dia. huhuh...dahsyat..lalang hapus kepala.

aku bgtahu dia yang aku kena bincang dengan my wife n 2 other partner. sebab aku x mampu nak buat sorang2. so malamnya kami buat kepetusan pi umah dia bgtahu yang kami setuju nak buat. ada juga orang yang suruh aku hati2 takut orang ambil kesempatan suh percerah kebun dia saja.tapi, aku malas la prasangka buruk. Yang penting hati kita kena betul. Pesanan Tok Guru Aku dulu " Perbetul dengan YANG SATU, yang lain semua akan ikut kita" kata2 tu aku pegang sampai sekarang.

hari nih aku sewa traktor nak percerah tanah tu sebab tak berani nak masuk sebab semak sangat. hasilnya..huhuhu...anjing beranak pinak dalam tu...nasib baik tak terlenyekk...layan jer la gambar nih





Pembukaan Ladang Ternakan Itik Penelur

awal tahun aritu, aku saja sembang dengan sorang budak muda yang dok buat kontrak dengan yayasan. Dia kata , dia nak mula berniaga. so aku bg la semangat kat dia. so, aku kata, jom kita meniaga. Kita berniaga telur itik.

Keesokkan harinya kami pergi la tengok tanah yang pertama di sg. siput. tanah tak berapa nak elok. sebab berpaya. byk keje nak kena buat. tanah nak kena tambak. yang paling x best tu dia kata , sewa dia x amik ( syoknya dengar) tapi dia nak persen. 30%. huhuhu.

petangnya plak aku org tawarkan satu lagi tanah di langkor, Kuala Kangsar. seluar 3 ekar. ptg tu juga kami pi tgk. huhuhu.. semaknya tanah nih.. x sanggup aku nak amik gambar. tapi gambar hari meracun tu ada lahh...







mula2 nak meracun sampai x leh jalan...lalang sampai ke dada..ada yang sampai ke tengkok...racun la kami nih. then nak bakar...baik punya cerita..seminggu meracun tak mati2 juga rumput tu...huhuhu...

punya la frustnya aku ngan budak tu. Tapi dia kata kat aku, takper ustaz, esok saya mai lain...dia ada cadangan lain...ekeke...esoknya aku ada keje so, dia ngan budak sorang lagi pegi pagi awal.

rupanya2 depa rembat lalang2 tu dengan mesin rumput. cerah 3 ekar sehari...ekekeke..aku pi petang tu pakat keletihan sampai x larat...ekekeke..cerahla tanah tu,, xperlu dibakar...so apa lagi

sewa la pek ho dua hari nak buat kolam n saliran ...







cina dalam gambar nih wanted nih...dah la keje masuk pukul 9. pastu habis pukul 4 ptg lak..time pukul 4 tu byk sgt alasan dia..pekho rosak la..tayar pancit la, tanah lembik la..huhuhu..dah la tu,...benda yang aku suh buat semua takleh..dia nak buat cara dia lak.duit nak penuh lak tu...mampus aku tak ambil dah pasnih..

walau bagaimana pun alhamdulillah. tiang pagar dah separuh dipasangkan...doa yang terbaik

Saya Ketua Saintis Dunia

lama sungguh aku tak update blog nih. sebok sungguh2. cuma nak berkongsi. aku bawa anak - anak aku pergi Gerbang malam. dah lama depa mintak nak pi. so malam tu aku pun bawa la. yang membeli depa. yang keluar duit kita..ekeke...tapi satu benda yang aku rasa menarik ialah aku mengaji sifir dengan teknik2 daun oleh seorang hamba Allah. satu jam aku berdiri di situ sampai dia habis mengajar. last2 tinggal aku ngan anak - anak aku saja. nih la gambar dia.



20 tahun dulu aku ada terbaca dalam mastika( kalo tak silap ttg dia nih. malam tu aku berjumpa dengan dia.menarik juga cara dia mengajar.

Sememangnya Otak Kanan Melayu Hebat.