PENGUMUMAN

Yayasan amanah an-nur maisarah dalam usaha untuk mengumpul dana pendidikan...mohon kerjasama semua untuk sebarkan kepada saudara mara dan sahabat handai.....

Mendermalah walaupun RM 1.......

Isnin, 16 Mei 2011

Mencari Modul terbaik untuk NurMaisarah Islamic Learning Centre

Aku, my wife n exec. admin yayasan pergi ke pahang untuk berjumpa dengan haji Nasaruddin. Pengasas I-LIFT. Aku Bertolak dari ipoh Jam 11.00 Am pada 14.05.2011 dan sampai di Pahang jam 3.30 am pada 15.5.2011...letih sungguh...samapi jer terus cari hotel nak menginap. Pukul 9.30 am nanti   nak jumpa untuk presentation Modul nih Dengan Pengasas I-LIFT.Dan akhirnyaa....aku berjaya juga sampai pada waktu yang ditetapkan.

 Ini Pulak buku2 rekod pelajaran anak-anak yang belajar di madrasah al wahidah, kuantan.
 Anak ini sedang diuji sifat 20 dan nama-nama malaikat beserta dengan tugasnya. Zaman sekarang nih kalo tanya orang tua pon belum tentu boleh jawab.......
 Haji nasaruddin sedang menguji kecekapan anak - anak ini tentang haji. apa yang perlu dibuat bila kita pergi haji. Mcm mana nak sa'i, Towaf , dan sebagainya....berebut2 mereka nih nak jawab....anak2 di sini diajar untuk ada sifat " Yakin" dan guru2 nya pulak tidak terus menyalahkan kalo jawapannya salah.....
Gambar aktiviti yang dijalankan...antaranya lawatan sambil merenung ciptaan Allah...Berenang...Menunggang Kuda . Semua aktiviti yang dibuat bersandarkan Sunnah Rasullallah...S.A.W....

Aku x sempat nak tengok corak pembelajaran di dalam kelas sebab aku terpaksa pulang ke Ipoh dengan segera sebab ada beberapa perkara yang perlu dilaksanakan..walaubagaimana pun haji nasaruddin dan anak2nya sudah aturkan untuk aku pergi melihat sessi pembelajaran di cawangan Sungai Petani, Kedah....Insyaallah dalam masa terdekat aku akan ke sana......

Sama2 kita berdoa supaya NurMaisarah Islamic Learning Centre dapat dijalankan dengan segera.....

Isnin, 9 Mei 2011

SUMBANGAN AMAT DIPERLUKAN UNTUK ASRAMA ANAK YATIM YAYASAN AMANAH AN-NUR MAISARAH

YAYASAN AMANAH AN-NUR MAISARAH
Reg. No. PPAB. 04 / 2006



Membela Anak-Anak Yatim / Miskin Malaysia
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
9th MAY 2010


Penderma Budiman,

Tuan,

MEMOHON DANA SUMBANGAN IKHLAS UNTUK PENGURUSAN ANAK-ANAK YATIM DAN MISKIN


Dengan segala hormat dan takzimnya saya diarah untuk merujuk kepada perkara di atas.

Saya Dr. Fazillah Binti Nordin selaku Pengerusi dan Pemegang Amanah Yayasan, mewakili dua orang Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan kakitangan serta anak-anak Yayasan mengucapkan salam kepada Tuan sekeluarga.

Untuk makluman pihak Tuan, Yayasan Amanah An-Nur Maisarah merupakan sebuah pertubuhan NGO yang didaftarkan di Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri. Yayasan juga berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan telah memperolehi kelulusan “Akta Pusat Jagaan” sejak dari tahun 2006.

Amat membanggakan sehingga kini, Yayasan telah mempunyai anak-anak seramai 79 orang yang mana 13 daripadanya berada di asrama penuh; manakala 29 orang telah berada di IPTA/IPTS. Dengan menggunakan konsep kekeluargaan, Yayasan akan meneruskan misi kebajikan ini dengan sokongan dan kerjasama dari semua pihak.

Oleh yang demikian, pihak Yayasan amat memerlukan bantuan sumbangan dana dari pihak Tuan demi untuk pembangunan, pendidikan dan sahsiah diri anak-anak tersebut memandangkan kos pengurusan semakin meningkat mengikut nisbah jumlah anak dan pencapaian akademi mereka. Bersama ini kami sertakan borang sumbangan individu atau kakitangan dari pihak syarikat Tuan yang sudi untuk membuat sumbangan ikhlas kepada Yayasan.

Setiap sumbangan dalam bentuk kewangan akan diberikan resit pengecualian cukai pendapatan yang telah diluluskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri rujukan LHDN 01/35/42/51/179-6.6186 bertarikh 15 Ogos 2007.
No. Warta Kerajaan: 3857              Tarikh Warta Kerajaan: 13 Mac 2008

Firman Allah yang bermaksud: “Kamu sekali-kali tidak akan mencapai kebaikan (yang sempurna) sehingga kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu sayangi. Dan apa sahaja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya” (Surah Ali-Imran ayat 92).

“Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkat darjatnya”.(Riwayat Muslim)

Jasa baik dan keperihatinan dari pihak Tuan kami dahului dengan jutaan terima kasih. Semoga Allah S.W.T memberi ganjaran yang sewajarnya kepada Tuan.

Sekian, terima kasih.

“YAYASAN BERWAWASAN KOMUNITI BESTARI”

Yang Benar,

DR. FAZILLAH BINTI NORDIN
PENGERUSI/PEMEGANG AMANAH
YAYASAN AMANAH AN-NUR MAISARAH




Sebarang pertanyaan boleh lah menghubungi pejabat Yayasan Amanah An-Nur Maisarah :

Ust. Mohd Yuzrim Yahya
Setiausaha Kehormat
Yayasan Amanah An-Nur Maisarah.

YAYASAN AMANAH AN-NUR MAISARAH (PPAB. 04/2006)
NO. 33581-B, JALAN IPOH-CHEMOR, BATU 9, 31200 CHEMOR, PERAK DARUL RIDZUAN
 TELEPHONE/FACSIMILE
05 – 201 4423
         www.annurmaisarah.com

Ahad, 8 Mei 2011

SELAMAT HARI IBU.....

Selamat hari ibu buat ibu tersayang........isteriku yg dah jadi ibu kepada anak2....dan semua insan bergelar ibu.......

Kek yang di beli oleh anakda saiful n ira ( UTP)



anak - anak tunggu nak makan kek
My wife potong kek

Ira sambut B'day....
That all......

Selasa, 3 Mei 2011

KEDAI AKAN DIBUKA TIDAK LAMA LAGI

Harini aku dah mula basuh kedai dengan anak- anak. rak yg telah disusun dibasuh dengan begitu berkilat. sapa sangka itu adalah rak terpakai. kalo nak beli baru satu dah rm 350. ni yg terpakai baru rm 250. yg heavy duty rak pula baru rm 180. Keseluruhan rak utk kedai rm 7770.( Cantik Nombor )

Peti ais pulak aku dapat free. ada tokey cina tu baik hati.kalo tidak jenuh juga aku nak mohon dapat peti ais air nih...esok aku akan gi kedai signboard. nak buat signboard pulak.lepas siap signboard nanti leh la mula niaga sikit2.modal x banyak . buat yg bawah dulu lepas nih tingkat atas pulak.

Aku dah tanya cina signboard. dia kata signboard saiz 19' x 4' siap dengan lesen, pasang  design harganya Rm 800 saja. ni signboard yg x dak lampu..kalo ada lampu mau rm 3000...hehehe..lepas2 nih la yg tu...

Nih aku tengah sebok nak buat loan.mcm2 pulak dia minta. adoihhh..usaha tangga kejayaan...x byk pun minta..rm 50 000 saja. yg lain sendiri korekkk...

Nih gmbar kedai yg di basuh tadi,..















Doa yg baik dibuka secepat mungkin........