PENGUMUMAN

Yayasan amanah an-nur maisarah dalam usaha untuk mengumpul dana pendidikan...mohon kerjasama semua untuk sebarkan kepada saudara mara dan sahabat handai.....

Mendermalah walaupun RM 1.......

Sabtu, 30 Jun 2012

Perubahan.....Bersediakah kita untuk berubah

Semua orang ingin berubah.Ada yang ingin berubah dari miskin ke kaya,dari jahat menjadi baik,dari jahil kepada Alim,dari Alim kepada Fakih.Biar apapun lonjakkan yang ingin kita buat,kita memerlukan satu usaha yang konsisten dan sistematik.

Yang pasti  setiap yang ingin berubah mesti berkehendakkan kepada yang terbaik. Jadi,apa usaha kita?apa yang perlu kita buat? Kepada siapa kita hendak meminta pendapat? Buku apa yang perlu kita baca?

Bila semua ini bermain-main di kotak minda kita,perancangan perubahan kita pasti akan terbantut. yang pasti,jika kita membaca al quran ,dan membaca tafisirnya pasti kita akan menemui jawapannya...

Surah al furqan  ( 61 - 77 ) jika kita kaji dan fahami kita akan temui jawapannya kepada semua persoalan yang bermain di fikiran kita....

Dr. Yusof Qardhawy telah menggariskan 12 sifat individu cemerlang didalam kitabnya Nafahat Al jumuaah berpandukan Surah Al furqan...Yang disebut sebagai " Ibadurrahman"

Pertama     : Merendah diri
Kedua       : Murah Hati
Ketiga       : Mendirikan Solat Malam
Keempat   : Takut Neraka
Kelima      : Sederhana Membelanjakan Harta
Keenam    : Bertauhid
Ketujuh     : Jauhi Perbuatan Membunuh dan Menghormati Kehidupan
Kelapan    : Menjauhi Zina
Kesembilan:Taubat Nasuha
Kesepuluh  : Tidak Bersumpah Palsu dan Perbuatan yang Tidak Bermanfaat
Kesebelas  : Menyelami Ayat-Ayat Allah
Kedua Belas: Memohon Kebaikkan bagi Isteri dan Keluarga

Apakah Kita Semua ingin tergolong dalam golongan IBADURRAHMAN??...Renungkanlah...


Isnin, 11 Jun 2012

Bersatu ke Arah Kebaikan

Setelah sekian lama menyepi...kini blog ini kembali kearena penulisan .melalui situasi yang berbeza...Perlukah aku membuka blog baru untuk dunia baru? Setelah berfikir berulang kali,rasanya tidak perlu kerana yang lampau adalah kenangan yang memberi seribu satu jenis pengalaman .Pengalaman yang tak mungkin diajar di mana-mana Universiti.Pengalaman yang mengajar aku erti sebuah kehidupan.

hari ini aku nak bercerita tentang Perkhemahan  Bina Insan Guru ( B.I.G )...aku nak mengkhususkan tentang PAI 2.Bukan nak hidup berpuak ( assobiyyah ) tetapi sekadar untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan yang sudah mula terikat kuat.


Inilah semangat yang terjalin walaupun penat lelah,kesesatan dan kelaparan ,semua itu tidak mematahkan semangat apatah lagi bermasam muka sesama kita.Mungkin ada yang terdetik rasa panas di hati,rasanya lebih baik disimpan agar tidak merosakkan hubungan.

Persahabatan ini semakin erat apabila 2 minggu bersama di dalam KDC. Dari awal pagi membawa kelewat petang,penuh setia menanti pensyarah.walaupun mata kekadang terlelap,akhirnya disegarkan oleh lawak jenaka yang tidak henti demi mengharungi hari yang penuh memenatkan.Walaubagaimanapun tetap digagahi demi mendapatkan sedikit ilmu untuk dipanjangkan kepada anak didik yang dikasihi.

Akhirnya,kerinduan kini terubatdapat bersama kembali anak didik.ada yang mendapat jadual baru akibat rombakan bagi memenuhi dasar jqaf yang sebenar.Tugasan kita semakin mencabar apabila diberikan anak  anak yang sedikit lemah dalam pelajaran.Tapi percayalah,anak-anak ini sebenarnya lebih senang dididik.Mereka penuh adab menanti guru dan menolong guru.Cuma mungkin keadaan yang menyebabkan mereka lemah dalam akademik.

Wahai sahabat sekalian,marilah kita bersama mengubah mereka menjadi insan yang "CELIK ALQURAN SUPAYA MENJADI INSAN GEMILANG"

Sekian