PENGUMUMAN

Yayasan amanah an-nur maisarah dalam usaha untuk mengumpul dana pendidikan...mohon kerjasama semua untuk sebarkan kepada saudara mara dan sahabat handai.....

Mendermalah walaupun RM 1.......

Selasa, 27 April 2010

Kembalinya "Idolaku" ke Pangkuan Ilahi....

Hari isnin 19.04.2010..jam 10 pagi aku menerima panggilan dari Ibu saudara mengatakan yang Abah aku dah nazak. Aku bergegas balik ke kedah. setelah sampai aku lihat abahku masih mengenali aku . dia cuba bercakap dan terus bercakap dengan aku walaupun aku tak memahami butir bicaranya. aku tetap melayan dia. Lazimnya bila aku pulang ke kampung, abahku yang sakit tu aku sehat sedikit. selalunyaaaa....

aku bermalam di kampung . dan mak aku bagitahu yang mereka ingin mengadakan majlis bacaan yasin pada 20.04.2010. jadi aku bermalam lagi di kampung. pagi itu aku sebok menguruskan serba sedikit persiapan untuk majlis pada malamnya. sambil melayan abahku. tengok mukanya dah nampak sedikit sehat.

malam itu majlis itu berlangsung.ramai tetamu yang hadir. alhamdulillah...lebih kurang 130 orang. pecah peluh aku menggoreng mee dengan adik iparku..semua adik abah aku datang .begitu juga dengan anak saudaranya..

jam 12 tengah malam keadaan abah aku makin tenat sehinggakan dah diajar mengucap ...aku yang sedang sebok mengemas pergi ke tepi abah aku sambil mengusap tangan , kaki dan rambutnya..sambil ajar mengucap dua kalimah syahadah..pagi itu berjaga la juga sampai jam 3.00 pagi...aku terlelap dan digantikan oleh isteri aku...

21.04.2010...pagi itu aku lihat keadaan abah aku sehat sedikit...selepas sarapan pagi aku diminta oleh ibu aku untuk membeli air ais krim soda dan sarsi kerana abah aku nak minum...jam 8.30 am aku keluar kedai untuk sarapan pagi...pastu aku bercadang nak balik ke perak itu menyelesaikan beberapa tugasan.dalam perjalanan pulang dari sarapan aku singgah membeli air yang diminta oleh abahku...

jam 10 am pada tarik tersebut , aku memberitahu abahku yang aku perlu pulang ke perak kerana ada hal penting dan akan kembali pulang ke kedah pada malamnya...

aku panaskan enjin kereta dan kembali duduk di tepi abah...

semasa aku sembang2 ditepinya bersama isteri, ibu dan nenek akk , aku lihat abahku kembali tenat. aku bergegas dan membimbing dia menyebut kalimah Allah...Allah ....Allah....Allah..sambil membelai rambut , dan menggemgam tangannya...

Tepat jam 10.15 am, Abahku yang juga Idolaku kembali mengadap Allah S.W.T. semasa aku erat memegang tangannya , dan membelai rambutnya..Aku bersyukur kerana akhir hidup abahku, dia mengikut aku menyebut kalimah Allah...


Segala urusan tentang pengkebumian abahku dilaksanakan dalam keadaan yg cukup mudah .
1 ) sebelum abahku dimandikan , bacaan al quran untuk dirinya berjaya dihabiskan oleh tetamu yang hadir segingga selesai 30 juzuk.

2.) urusan mandi dan mengkafan juga dilaksanakan mengikut masa yang telah di tetapkan memandangkan abah ku aku disimpan jam 4.00 pm.

3 ) Yang paling aku bersyukur ialah orang yang sembahyang jenazah untuk abahku cukup ramai . abahku di sembahyang jebazah dua kali. dihadiri oleh rakan2, saudara mara dan anak - anak dari tahfiz.Rupanya, anak anak dari sekolah menengah agama nahdhah hasanah turut ikut serta dalam solat jenazah tersebut. ramai sungguh..

4 ) percaya atau tidak, semua yang solat jenazah untuk abahku di masjid melele tak mengambil duit untuk solat jenazah.

5 ) Jam 4.00 pm abah ku selemat di semadikan dan ditalkinkan.

Aku bertanya tentang bayaran untuk segala urusan pengkebumian, rupanya abahku bersedia lebih awal. aku x perlu bayar walau satu sen pun.

aku pun bersiap2 untuk kenduri tahlil untuk malam berikutnya..sekali lagi aku terkesima . aku di telah diberi wang oleh ibu aku mengatakan yang abah dah sediakan semuanya termasuk duit untuk kenduri tahlil dan juga duit untuk ibu aku meneruskan kehidupan. Terkedu aku dibuatnya. Alhamdulillah...semua telah selamat...

MENGAPA ABAHKU SEBAGAI IDOLAKU

1.)Abahku seorang Bekas Ahli Perniagaan, Guru Agama , petani dan juga seorang ayah , suami yang prihatin dan berjaya.

2.)Abahku tidak pernah makan di kedai melainkan bersama - samanya ada anak2 dan juga isteri.

3.)Tidak pernah menengking dan meninggikan suara( yang ni x dak pada aku..hehe)kecuali menegur dengan penuh hikmah.

4.) Abahku ada ramai anak angkat yang dia sara untuk belajar.

satu pesanannya pada aku semasa aku di Universiti" Abah tak mau sijil ein , apa yang abah mau hanyalah ilmu yang bermanafaat untuk agama bangsa dan negara".



Perjalanan hidupku setakat ini seperti perjalanan hidup abahku kerana aku menjadikan

ABAHKU SEBAGAI IDOLAKU.