PENGUMUMAN

Yayasan amanah an-nur maisarah dalam usaha untuk mengumpul dana pendidikan...mohon kerjasama semua untuk sebarkan kepada saudara mara dan sahabat handai.....

Mendermalah walaupun RM 1.......

Khamis, 26 November 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha..

Pada setiap tahun sempena hari raya korban yayasan mesti meriah dengan gelagat anak2.Untuk Makluman anak2 ini hanya balik ke rumah waris masing2 hanya 10 hari untuk raya puasa sahaja..tahun ini seperti tahun2 yang lepas pakaian baru mesti diagihkan..lemang mesti dibuat dan korban untuk anak2 mesti disiapkan. tahun ni 2 ekor lembu bakal dikorbankan..semua bahagian adalah untuk anak2..Alhamdulillah...

Inilah Sedikit Gambar kemeriahan kami disini..Org lain meriah dengan anak dan cucu..kami disini digamatkan dengan 40 orang anak2 ...tu takdak cucu lagi tu..kalo 40 orang kawin, tiap2 sorang ada 2 anak..bayangkan berapa gamat...ekekeke..

Ya Allah..Moga anak2 ini berjaya dunia dan akhirat. jadikanlah mereka anak2 yang soleh..




Gambar Pakar Pembuat lemang ...hehehe...( Abg Rahman..Dia ni Keje Bawa Van Yayasan)





( Baju Raya haji Tahun ini )

Hajat Terlaksana...

Awal tahun ini, aku berniat utk membina surau baru untuk anak2 ini. Tapi kurang modal lak. walau bagaimanapun aku target untuk solat terawikh tahun ini. Allah tu Maha Kaya. Surau yayasan boleh diguna Pada 1 ramadhan. Terima kasih pada semua penderma2 yang budiman. kalo aku sorang2 mesti x sempat siap. inilah rupa surau tu...






Time terawikh baru2 ni, surau ni boleh memuatkan 200 jemaah pada satu2 masa. Alhamdulillah, boleh dikatakan surau ni dipenuhi oleh jemaah yang sama2 ingin bersolat terawikh dengan anak2 ini. Semua alhamdulillah selesa. Tapi paip air sembahyang lak x cukup. jadi aku cadang nak buat kolah ambil air sembahyang mcm masjid tu. tapi xla besar mcm masjid....lepas jer raya puasa baru2 nih, aku pun terus cari tukang. sementara ada sedikit modal.

apa lagi..pacak tiang terus...niak yang baik jgn tangguh2...







Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang menderma...jasa baik tuan puan semua hanya Allah S.W.T yang membalasnya...

Rabu, 11 November 2009

Seluang Kembali Melaut..

8 hb lepas aku upah india utk racun kebun limau n pisang. bukan masalah rumput, tapi terlalu byk bayam tanah sampai x larat nak makan dah. rezki...rezki...tapi dah sampai tutup pokok limau lak. kang orang kata aku bela bayam lak.hehehe....pagi tu aku jumpa dia sat pastu terus ke KLIA hantar anak aku balik..nak check in pukul 4 ptg. flight pukul 6.15 pm. aku saja pi awal takut anything happen dalan perjalanan. lagipun aku suka sgt ngantuk time memandu. hehehe...malas nak rushing...siap ambil gambar tu..hehehe



lepas dia dah masuk dlm nak naik filght nazimuddin sebok nak tengok acu dia...so aku bawa la dia pi kat ruang anjung untuk tgk kapal...sebok dia dok memanggil walaupun dah pasti acu dia x dengar..apa2 pun janji dia x nangis...kalo x serabut ...hehehe...



Aku keluar dari KLIA jam 8 malam selepas solat maghrib..malas nak berhenti dah dalam perjalanan balik...kira nak balik terus jer...tapi malam tu hujan lebat sampai tak nampak jalan......jadi tak leh laju la..hujan sepanjang perjalanan...



apa2 pun aku selamat sampai gak perak w'pun lambat..

Selasa, 3 November 2009

Perihal Kuda...



Tengah dok kaji kuda yang akan dibeli...hehehe....barulah aku tahu rupa2nya kuda yang paling hensem adalah kuda baka arab..dan tak dinafikan setelah aku dok hampir 2 jam di kandang kuda tu..dk belek - belek...mmg muka antara kuda - kuda nih lain...dan yang hensem ialah baka arab...dan baka arab nih sesuai untuk jarak jauh....

yang aku tengah tegok ni plak baka biasa ja...agak2 sesuai tak aku beli untuk lawat pokok limau n pisang aku tu...hehehe( Just Joking )tapi pikir2 balik jimat minyak n rugi duit beli makanan dia..ekekkek

Isnin, 2 November 2009

Memecah "BADI " Ketakutan..




Aku memberanikan diri untuk meracun setelah apa yang terjadi 4 tahun dulu...hari ini juga merupakan hari pertama pokok limau nipis tu kena racun...mula2 aku pakai tong racun ni...igtkan ok lah..sikit saja...tapi tong ini meletihkan...tak tahan aku...sembur sepokok kena pam...pastu sembur lagi sepokok kena pam lagi..bila nak habis..lenguh pinggang aku dok tunduk...last2 aku cari tong racun aku yang lama...



Nila rupa tong racun lama aku...satu tong ni leh la sembur 200 pokok...alhamdulillah dah selesai sembur....petang nanti aku nak pi tengok apa terjadi pada pokok2 tu...harapa2 peristiwa lama tidak berulang kembali....huhuhu...kalo tak habis laaa pokok2 aku....nih kira aku dah ikut sukatan yang betul nih...

tengah dok taku2 nih...