PENGUMUMAN

Yayasan amanah an-nur maisarah dalam usaha untuk mengumpul dana pendidikan...mohon kerjasama semua untuk sebarkan kepada saudara mara dan sahabat handai.....

Mendermalah walaupun RM 1.......

Jumaat, 28 Ogos 2009

pokok limau nipis daun merekot

Awal pagi nih aku dah pegi tengok kebun...byk juga pokok yang daun merekot.apa yang harus aku buat? sapa2 yang ada pengalaman ttg perkara nih boleh kongsikan dengan aku?

Pokok pisang pula dah mula tumbuh pucuk.tapi ada juga yang x naik2 lagi..hmmm...

Ya Allah...Berikan aku petunjuk...Aminn

Selasa, 25 Ogos 2009

Pokok Limau dan Pisang





Jumaat, 21 Ogos 2009

Berkongsi maklumat dan pendapat

Tadi ada seorang tetamu datang ke rumah anak yatim kami...kebetulan pula aku ada...saja doksyok2 punya cerita , terkeluar cerita ttg limau nipis...dia kata dia dah buat lama dah limau nipis nih...tapi daun pokok limau dia habis jadi bergulong2....dah mcm2 dia buat tapi daun tetap bergulung2 .....
akhirnya dia jumpa satu benda " white oil" tapi punya la susah nak cari...last2 dapat juga ....
dia tanya pokok kami ada masalah tak? aku kata xde kot..hehehe...dia terus pi tengok pokok limau ....aku tak sempat nak follow coz ada tetamu lain...dia pi dengan staff aku...

petang tadi staff aku bgtahu yang dia tengok pokok aku cantikk...dia terus tanya benih ambil mana?

nanti dia nak mai lain sembang dengan aku...

lupa lak nak bgtau sebenarnya aku tak pernah taruk apa2 jenis racun kat pokok aku...sebab aku ada masalah sikit dengan racun2 nih...takut cerita lama berulang kembali....

Ceritanya ialah..aku pernah ter"bunuh" padi bapak aku seluas 3 relong dengan racun masa mula2 aku menceburi bidang pertanian ni...hehe

saya budak baru belajar....

Ramadhan Kareem

Alhamdulillah.....malam ni aku dan anak-anak aku seramai 40 orang selamat mendirikan solat terawikh malam yang pertama...mcm2 tengok gelagak depa. Bila aku buat lawak sikit nak buat 2 rakaat mcm2 bunyi...hehehe...

apa2 pun yang penting malam nih w'pun 8 rakaat dan 3 witir selamat sudah dilaksanakan..siap dengan niat posa untuk esok dah tu...

depa dah bagi menu sahur pagi esok...nasi goreng bisikan asmara....hehehe..mcm best jer nama tu...

nanti bila2 senang sikit aku nak tangkap gambar depa solat terawikh lak...

hari ni aku punya PRO ( bini aku ler tu ) takdak...dia pi KL ambil baju melayu untuk pakai raya anak-anak ni...apa2 pun alhamdulillah depa dah ada sepasang suit melayu...nak kena cari baju raya lain lak sorang 3 pasang...huhuhuh

apa2 pun aku percaya rezki tuhan...

Jumaat, 14 Ogos 2009

Gambar-Gambar Hari Penanaman




Mesin sembur racun

Jumaat, 7 Ogos 2009

Saja -Saja Nak Masukkan Gambar Anak - Anak Yayasan Amanah An-Nur Maisarah

Gambar ni masa kami sambut B'day my pro ( bini aku ....hehehe). dengan anak - anak yayasan yang kami bela...amacam??happy tak?/


Aku punya prinsip..hidup mesti happy w'pun hutang banyak....kakakaka.....dunia la nih payahla nak cari orang xde hutang.


hutang keta la...rumah la...orang laa....hmmm...mcm2...


yang penting kita musti kena bayar....sebab ini betull...betullll...bukan cobaan....


Ni pula masa kursus jenazah...semua anak - anak yayasan terlibat..kiranya depa ni memang kami latih baikkkk...punya....
La ni kalo setakat nak baca tahlil, doa selamat dan yassin depa je ya buat aku dah tak buat dah...hantar anak saja...ekekkee
Harap2 depa leh la sembahyang dan imamkan masa aku mati nanti....
Anak - anak kami yang mmg berbakat dalam apa jua acara....sapa kata anak yatim / miskin tak berkebolehan???/
Alhamdulillah...anak - anak kami mmg betul2 berbakat...tapi...fuhhhh..
nak latih sampai jadi mcm nih makan masa 6 tahun ooooOOOoooooo....
sapa2 yang nak datang melawat yayasan ini....atau nak dapat maklumat layari www.annurmaisarah.com ada semua dalam tu...termasuk dengan alamat dan no. telefon

Gambar PRO aku ngan kawan dia



Bini aku( baju hijau ) yang bertindak sebagai PRO kepada aku...bini aku nih kalau bercakap mau tertidor aku dibuatnya. Ada seorang penceramah kursus yang aku ikuti di melaka baru2 nih kata.." kita suami - suami nih kena anggap bini kita ni pakar motivasi. baru kekal sampai mati..ekekeke...

Benih pisang Emas Selamat Sampai.

semalam dengan rasminya benih pisang yang kami tempah tu sampai. mula2 aku tengok dari dalam kereta ...nampak sikit jer...kuar2 fuhh...berpeluh dibuatnya. alhamdulillah ada orang ramai pakat tolong . kejap jer selesai. aku beli anak pisang tu dengan harga Rm 0.80 sepokok.
Sambail2 tu aku tanya la cara2 nak tanam n jaga.
En. Hairy tu bgtahu :
1. Tanam bagi dalam sikit. sekurang2nya satu kaki. sebab pisang akan jadi elok dan buah akan berat. kalau tanam cangkat ( x dalam le tu ) buah akan cepat kuar tapi ringan. tanam dalam lambat sikit kuar tapi buah berat.
2. Disebabkan kawasan tanah kami nih lapang maka dia suggest tanam jarak 12 kaki. Sebab x nak bagi pokok tu tinggi sangat . kang angin datang tumbang lak.
3. Jaga daun. jangan sampai kuning baru nak buang. masalah nanti.
4. Jantung pisang kena buang cepat bila dah kuar.
5. Simpan anak yang kedua dan ketiga saja. lebih pada tu buang.
6. anak2 pisang nih jangan dok siram lak. kang mati. sebab pisang nih dah simpan air.
7. cukup umur sebulan kalo nak baja ok jer. tp kalo tanah dah ada baja xyah la. jimat sikit. baru untung banyak.hehehe( sedap tul dengar pasal untung nih. )
8. Apa2 pun nanti ada masalah call dia tanya. pasaran jgn bimbang dia kata. kalo takde orang nak bagi dia.
Aku pun apa lagi. petang tu aku suruh bini aku call yati suh call india yang tolong tanam. petang tu juga india tu datang tanam. hehe. hujan plak petang tu. sempat tanam 100 pokok jer. Hujan rahmat.
esok sambung lain...sekadar berkongsi
Sekarang ladang kami dah ada dua produk.
1. Limau Nipis
2. Pisang Emas

Rabu, 5 Ogos 2009

Hari penuh kelam - kabut

05 - 08 - 2009 hari paling kelam kabut. malam sebelum tu aku baru balik dari KL. Pastu esok pagi seawal jam 6.00 pagi aku bangun. terus kelam kabut siap nak gi hantar man masuk tempat keje bar. pastu terus ke bank. pastu nak ke pejabat pertanian kinta lak. nak kena samapi sebelum pukul 8.30 am. masa kat bank dah jam 8.20 am. adoi....dari bank aku nak kena balik rumah lak. pukul berapa la aku nak sampai pejabat pertanian nih.

last2 aku sampai pejabat pertanian pukul 9.30 am. tengok2 lori ad lagi .. selamatttt.... depa tak pi lagi. bini aku pun pi la tanya pegawai dalam tu ( biasa la ..bini aku PRO . aku malas sikit cakap2 nih ..) rupa2 nya tak jadi nak pi ambil anak pisang sebab lori rosak..fuhhh...

janji esok pagi lak..hehhehe...pastu aku terus la ke pejabat..heheheheh

Isnin, 3 Ogos 2009

Dah Selesai Tanam

alhamdulillah....

akhirnya 02/08/2009 ladang limau kami selamat ditanam dengan jumlah pokok sebanyak 250.Tanam dulu pasnih baru fikir cara nak siram. setakat la nih aku pakai manual jer. mudah. cuma penat sikit. nak buat piping tak mampu lagi rasanya.
sekurang2nya aku kena tunggu setahun untuk dapatkan hasil.lama juga tu.. jadi aku pikir kena tanam benda lain juga di tengah2 tu. rugi wooo biar kosong tanah . jadi kawan bini aku iaitu partner kami la dia order 500 pokok anak pisang emas. fuhhhh....
takut juga aku dibuatnya. tapi aku nak buat juga. alng2 menyeluk pekasam....biar sampai basah satu badan. dah banyak modal kami habis nih....jadi takleh la buat main2...
opsss...lupa lak nak habaq, kami nih ada Yayasan yang membela nasib anak yatim / miskin . Yayasan tu bini aku punya. Kami nih support jer. nih projek nih pun salah satu dari tiga orang pemegang amanah dia ialah Anak2 tu laa...
Rezki tuhan pakat kongsi sama2.
sapa2 nak tahu tentang yayasan tu layarilah www.annurmaisarah.com . semua ada citer tentang yayasan tu. anak2 lelaki yang very2 helpfull.
ekekekek..aku nih teringin nak buh gambar dalam blog nih...alahhh...gambar projok limau nipis tu la...tapi aku tak reti nak buh..tapi takper...nanti aku pi tanya orang cara dia..leh la kita pakat kongsi pengalaman sama2..

Ahad, 2 Ogos 2009

Awal -awal Penanaman

Salam.
Mula2 dulu aku cadang nak tanam jagung. pening kepala aku dibuatnya. modal dah la kena banyak. korek telaga air pula takde. dua telaga aku korek. adoiii...
last2 bincang punya bincang ngan bini aku dan kawan dia akhirnya bini aku bagi cadangan tanam limau niipis. Good Idea tu.
Aku pun cari2 benih yang baik. last2 aku dapatla benih tu kat sabak bernam. Baik pula tuan tu. Nama Amar. Bapa dia pun sporting.
Aku pun tempahla benih limau 250 pokok. lepas tempah tu aku pening juga nak bawa balik mcm mana.nak sewa lori mahal. mau ada 300 - 400 tu. akhirnya amar bagitau bawa dengan kereta pun boleh. mula - mula 10 hb aku pi ambil 170.wakaka. aku sumbat penuh dalam keta innova kawan bini aku . Kira dia nih partner la. byk juga dia bantu.
lagi balance 87 pokok aku pi ambil dengan bini aku saja. apa jadi???
ekekeke...aku sumbat penuh dalam porshe aku.ekekeke bayangkann.
akhirnya 02 / 08 / 2009 siaplah ditanam 250 pokok...alhamdulillahhhhh..
nanti sambung lain...

Penanaman Limau Nipis

Aku masih baru lagi dalam arena pertanian ni. Minat betul aku dengan pertanian nih. tapi takde modal banyak.
akhirnya tercapai juga hasrat aku nak buka ladang dengan bantuan isteri dan rakan - rakan. kira usaha samalah. tak kira lah, yang penting aku boleh jadi petani.hehehe
dulu zaman kecil-kecil dulu ada la juga aku bela lembu tokwan aku.Last2 tokwan jual semua. dapatla juga kat aku dalam harga dua ekor lembu.
apa2pun aku sangat mengalu - alukan kawan2 yang sama - sama dalam bidang nih untuk sama2 kita berkongsi pendapat dan pandangan.