PENGUMUMAN

Yayasan amanah an-nur maisarah dalam usaha untuk mengumpul dana pendidikan...mohon kerjasama semua untuk sebarkan kepada saudara mara dan sahabat handai.....

Mendermalah walaupun RM 1.......

Ahad, 4 Julai 2010

Pam Racun Baru

Baru2 ni aku pi meracun kebun getah . Aku gunakan pam racun semburan enjin ( picturenya ada aku masukkan dalam pos terdahulu) yg tangkinya danya 11L. perghh...kebun 6 ekar guna pam galas kecik...bukan letih menggalas.tapi letih nak bancuh..kejap2 habis...parak gak..

so aku pergila kedai jual mesin...saja sembang2 dengan tokey dia..last2 aku pun men " design" satu mesin racun ..then diakata boleh buat..so apa lagi...aku nak amik la..

tanya dia berapa dan dia kata rm 1250 ...harga termasuk pam..tangki...paip 100 meter..kerangka n tayar..n kos upah...

yang paling best tu aku bayaq 3 kali....
deposit rm 500 ...kemudian seminggu pas tu bayaq lak rm 300....hari sabtu baru2 nih bayaq habis rm 450....ok lah tu....habis bayaq..mesin pun siap..hehee..nilah rupa bentuknya..yang pasti memudahkan kerja dengan mengurangkan kos upah pekerja..




ADAB - ADAB MAKAN - SUNNAH YG KITA ABAIKAN

Diantara adab-adab makan dalam Islam adalah seperti berikut:

1. Makan beramai-ramai dan membaca doa makan.

Seorang sahabat bertanya "Ya Rasulullah sesungguhnya kami makan tapi tak kenyang" Nabi s.a.w bersabda "Ini kerana kamu makan secara berasingan. Makan lah dengan bersama-sama dan sebutlah nama Allah ketika makan nescaya akan deberkati."(Hr Ahmad, Ibnu Majah dll)

2. Makan dan minum dengan tangan kanan.

Nabi s.a.w bersabda "Hendaklah kamu makan dengan tangan kanan dan minum dengan tangan kananmu"(Hr Ibnu Majah dengan sanad yangg sohih)

3. Ambik makanan dari tepi bekasnya.

Nabi s.a.w bersabda: Apabila diletakkan makanan hendaklah kamu ambil yang tepi-tepi dari bekas makanan dan biarkan yang tengahnya, maka sesungguhnya keberkatan turun ditengah-tengah makanan.(Hr Abu DAud, Tirmizi dll)




4. Menjilat jarinya setelah selesai.

Nabi s.a.w bersabda: "Apabila salah seorang kamu sudah makan hendaklah dia jilat jari-jemarinya maka sesungguhnya dia tidak tahu mana satu makanan yg berkat.(Hr Muslim)

5. Tidak terlampau kenyang.

Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada bekas yg diisi penuh oleh manusia yg lebih buruk dr perutnya"(Hr Ahmad, tirmizi dll)

6. Mendahulukan orang yang Alim untuk makan (atau pun org yang dihormati).

Huzaifah berkata: Sesungguhnya bila kami berserta rasulullah s.a.w dihidangkan makanan; tidak seorang pun memulakan menjamah makanan sehingga baginda mula menjamahnya.(Hr Muslim)

7. Jangan mencela makanan.

Abu Hurairah berkata: Rasulullah tidak pernah mencela makanan langsung; Jika baginda suka baginda akan makan. Jika tidak baginda akan tinggalkan(tanpa mencela makanan.) (Hr Bukhari dan MUslim)

8. Mengutip makanan yang jatuh, membersihkan dan makan.


Nabi s.a.w bersabda:
"Apabila jatuh makanan salah seorang kamu hendaklah dia bersihkan makanan itu serta makan. Janganlah dia biarkan makanan itu untuk syaitan.(Hr Muslim)

9.Mengucapkan Alhamdulillah setelah selesai makan.

Abu Said berkata "Rasulullah setelah selesai makan berkata:

الحمدلله الذي أطعمنا وسقانا وجعلنا من المسلمين Maksudnya: Segala puji bagi Allah yang memberi makan dan minum dan menjadikan kami dr kalangan orang-orang Islam.(Hr Ahmad, Bukahri fi Tarikh dll ianya sanad yg hasan)

rujukan: 'Awariful Ma'arif oleh as-Sahrawardi beserta kitab Ghaniyatul MA'arif bi tahkriji ahadis 'Awariful Ma'arif oleh Ahmad bin Siddiq Ghumari.