PENGUMUMAN

Yayasan amanah an-nur maisarah dalam usaha untuk mengumpul dana pendidikan...mohon kerjasama semua untuk sebarkan kepada saudara mara dan sahabat handai.....

Mendermalah walaupun RM 1.......

Ahad, 30 Oktober 2011

NISA WEDDING DAY

Apa yang membuatkan aku sebok sgt nih sampai tak sempat nak tulis dalam blog nih?....rupa2nya aku nak terima menantu.my daughter ainul annisa bakal telah di ijab kabulkan dengan ahmad faiz dari negara brunei.rupa2nya susah juga gheja nih.Kurang pengalaman,dan akadnya pula bukan di tempat kita, mengajar aku dan my wife pengalaman yang tidak diajar di mana2 universiti.bila masing2 sebok,mcm2 pulak ujian yang hampir memusnahkan bahtera yg di bina.


tanggal 28 oktober 2011,selamatlah anakku ainil annisa di nikah kan dengan ahmad faiz di kampung bengkurong , brunei darussalam....

jam 4.00 petang majlis pertungan ...jam 4.15 ptg alhamdulillah selesai majlis akad nikah....insyallah akan diadakan pula kenduri sebelah aku pada tahun hadapan...

nih gmbr sekitar pernikahan dengan adat istiadat negara brunei darussalam.....

                                                                         malam berinai

  aku menerima pinangan dari pihak lelaki dan persembahan wang mas kahwin
 tanda tangan diturunkan
selamat pengantin baru faiz & nisa

happily ever after(sekadar gambar hiasan)hehehe

Isnin, 3 Oktober 2011

PERNIAGAAN UNIVERSITI TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK

Sekadar menyuarakan pandangan..

Bangun pagi2 dah terpikir dalam akal pikiran,kenapa ramai sangat pelajar MELAYU lepasan universiti menganggur?terlalu pilih kerja?tidak diterima kerja?Kerja tak sesuai ngan bidang pengajian?Kenapa mereka ini tidak diterima kerja sedangkan mereka adalah penuntut universiti yang mana menjadi kebanggaan keluarga dan penduduk kampung( sekiranya dari kampung) sekiranya berjaya ke menara gading.

Ibu bapa merupakan orang yang paling gembira sekiranya anak mereka berjaya ke menara gading.persoalan yang timbul ialah,adakah seorang anak itu dianggap berjaya dan soleh hanya kerna mereka berjaya ke menara gading?adakah anak yg gagal ke menara gading merupakan anak yg tidak baik?

Bila Hal ini berlaku,pasti dalam pikiran akan memikirkan dan mengatakan anak yg ke menara gading dan yg gagal ke menara gading adalah anak yg baik selagi mana mereka tidak melakukan perkara2 yg menyakitkan hati kita dan melanggar perintah Allah S.W.T.

Bagaimana nak mendidik kedua2 anak ini ( yg ke menara gading & gagal ke menara gading )berjaya di dunia dan di akhirat?
Saya pernah membaca sebuah majalah dan kata2 yang diucapkan oleh motivator tersebut cukup membuatkan saya menjadi seorang pemikir.dan kata2 beliau diletakkan di kulit hadapan majalah tersebut. katanya " perniagaan merupakan universiti yang terbaik untuk anak-anak"

Memang benar kata ahli tersebut.Perniagaan betul - betul mengajar kita menjadi hamba Allah yg sebenar2nya selagi mana kita berada dilandasan yang benar. Dengan berniaga kita boleh menjadi orang yang penyabar,tekun, istiqamah,bertakwa,dan mcm2 lagi....

bersambung........






Selasa, 27 September 2011

EMPAT GOLONGAN LELAKI BAKAL PENGHUNI NERAKA....

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik
masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka
yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga
amanah itu. Mereka ialah:


1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."..!!!!

Khamis, 15 September 2011

Pasai apa dok diam lama sangat

Dah lama tak update blog...sepanjang bulan puasa mmg tak ter tengok blog...nak dok mengadap laptop jauh sekali...

habis puasa sambung beraya....bawa family beraya di kedah..seterusnya beraya di kelantan...perjalanan penuh penyeksaan...x pernah dibuat perjalanan dari ipoh ke kelantan mengambil masa selama 10 jam..mcm2 pengalaman ditempohi...kesabaran teruji....nnt akan masukkan gambar

balik kelantan ada kursus BTN anjuran peyatim di kundasang sabah..tak pernah aku sampai di Kundasang ni...kalo setakat KK tu oklah...menahan kesejukkan selama 4 hari 3 malam di sana..terlupa bawa baju sejuk.

tp mmg cantik kem BTN kundasang Sabah.Layan PIc dulu












Rabu, 20 Julai 2011

BAGAI DUA JARI

Semalam ada seorang kenalan..abdul aziz bin ahmad mengirimkan sumbangan kepada anak2 di yayasan aku.dia nih selalu datang bersembang dengan aku..mcm2 topik...smlm dia x datang..cuma dia pos cek dan juga sajak.....

nih aku kongsikan...

Bagai dua jari
Begitulah dekatnya kita kelak
Bila engkau mengasihi anak yatim
Meluangkan waktu untuknya
Membelai rambutnya
membendung air matanya
saat kesedihan akan mengucur dari tubuhnya


Bagai dua jari
Begitulah setaranya kita kelak
Bila engkau beri seteguk air minum buat si yatim
Menyanyikan kegembiraan untuknya
melipur gundah di dadanya
saat ia gelisah menerawang mencari ayah


Bagaimana mungkin kita bagai dua jari
Pada satu saat kelak
Bila engkau membiarkan anak yatim
Bahkan haknya kau rebut
Dan kehendakmu kau perturut
Kau pancing air mata
Kesedihan yang mengumpul di dada


Dan kehendakmu itu
Nafsu serakahmu itu
Masih kau pelihara juga
Dan untuk itu saudaraku
Tak usah khuatir
Akan mengalir
Rasa sangsi
Bagai sungai
Mengelingi tubuhmu
Menusuk-nusuk dagingmu
Menyerang urat sarafmu
Sehingga kau berkata
Racun apa yang masuk ke mulutku
Sedang engkau sedang melahap
Juadah yang serba enak


Bagaimana mungkin kita bagai dua jari
Suatu saat kelak di akhirat
Sedang hak anak yatim kau gasak

Cetusan rasa
L.K.Ara, Acheh Darussalam
4 Januari 2011

Apa yang kita rasa bila kita baca sajak nih?

Khamis, 30 Jun 2011

Perniagaan Annur Maisarah.....KINI DIBUKA......"Kita bermula dengan Kesederhanaan"

1hb Julai 2011....Jumaat Jam 10.00am....Perniagaan annur maisarah kini dibuka.Walaupun serba kekurangan...sekurang2nya ini merupakan perintis untuk langkah yang panjang...Lesen PBT dah dapat.Lesen Beras dalam permohonan.dijangka akan diperolehi dalam tempoh sebulan....Modal sendiri yang dikeluarkan dah hampir mencecah Rm 50 000.00.Sekarang tengah tunggu kelulusan permohonan pinjaman..Doa yang baik..harap2 kelulusan diperolehi dengan segera.

Untuk hari pertama ini dua orang anak yayasan telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalau mini market ini..kedua2 mereka belajar di Kolej Teknologi Bestari,Setiu,Terengganu..Mereka ialah Nurhafiz dan mahathir.

Inilah gambar pembukaan hari ini....

ada Jiran yg tumpang berniaga ..xperlah....sama2 menumpang mencari rezki

nurhafiz n mahathir kelihatan sedang mencuci barang2 dan rak


Biskut2 popular yang turut dijual....



Itulah saja...doakan yang terbaik ......mari kita sama2 "gunakan nikmat utk khidmat..."

Isnin, 27 Jun 2011

Perniagaan Annur Maisarah...mimpi kini hampir menjadi realiti...

Setelah pening kepala dok cari modal nak beli barang2 dalam kedai akhirnya aku ambik keputusan beli jer barang dengan modal yang ada...dok nak tgu duit ada byk bila nak boleh beli...elok2 dah ada modal anak2 pulak nak masuk Universiti...tahun nih saja 11 orang bakal masuk Universitinya...matriknya..takperlaa..dahulukan mereka dulu...janji diaorang leh masuk belajar dengan sempurna seperti mana anak2 orang lain...

Kedai mcm mana?....yakinlah rezeki itu hak Allah S.W.T..bukan hak makhluk....7 bulan bayaq sewa saja...nih dah leh masuk barang..nak citer  kesahnya kang panjang pulak ..sebab apa yg sampai 7 bulan bayaq sewa saja tu..hmmm,....

Semalam pakat2 ramai2 atur barang yg x seberapa tu...janji dah atur..buat semangat....kedai ni nanti akan  menjad salah satu sumber pendapatan tetap utk Rumah anak Yatim Yayasan Amanah An-Nur Maisarah.....nak harap orang bagii sumbangan sampai bila...puas dah dok maklum..dalam blog..dengan surat..telefon...sms...apa pun tarak....tp x per lah....janji anak2 hari tu dah leh masuk U...sama seperti anak orang lain....terima kasih kepada kawan2 yg sudi bagi pinjam....hehehee....Allah taala jualah yg akan membalas jasa kalian semua....kepada semua kakitangan yayasan...pakat2 la buat keje supaya rezeki kita bertambah..jgn dok sebo nak mengumpat saja..hhehehehe.....

Ni lah gambaq sekitar penyusunan barang semalam.....


nih ada lagii...byk plak gambaq...excited ..hahaaa









Anak2  balik cuti semester menolong...alhamdulillah diaorang ada...x sia2 hantaq ngaji bisnes admin..hehhehe...diorang nih lebih advance dari kita..cuma nak pasang price labeller saja memerlukan orang lama yg pakar.....hahaha...anyway..happy.....

Ulang Tahun ke -5 Pusat Pendidikan Al Barakah

Alhamdulillah....aku dan anak2 dijemput utk ke majis ulang tahun tersebut...program diadakan dirumah menteri besar perak...selalu bila aku pergi umah MB, kalo program mula kul 9am,pukul 8.30am masih byk ruang parking,tp kali nih Allah Hu Akbar,...full parking....orang berduyun-duyun...



Pusat ini dimiliki oleh Ustaz kazem ilyas Al Hafiz...didalam majlis tersebut disamping pelancaran kutipan dana pembangunan maahad tahfiz albarakah ada juga majlis ceramah agama...rupa2nya ramai daripada orang kita yang dahagakan ilmu agama...tp yg heran tu..yg muda2 x dak ..semua yang dah veteran...hmmm



Kehadiran dianggarkan lebih kurang 6000 orang...fuhhh....apa2 pun TAHNIAH PUSAT PENDIDIKAN AL BARAKAH....

Isnin, 16 Mei 2011

Mencari Modul terbaik untuk NurMaisarah Islamic Learning Centre

Aku, my wife n exec. admin yayasan pergi ke pahang untuk berjumpa dengan haji Nasaruddin. Pengasas I-LIFT. Aku Bertolak dari ipoh Jam 11.00 Am pada 14.05.2011 dan sampai di Pahang jam 3.30 am pada 15.5.2011...letih sungguh...samapi jer terus cari hotel nak menginap. Pukul 9.30 am nanti   nak jumpa untuk presentation Modul nih Dengan Pengasas I-LIFT.Dan akhirnyaa....aku berjaya juga sampai pada waktu yang ditetapkan.

 Ini Pulak buku2 rekod pelajaran anak-anak yang belajar di madrasah al wahidah, kuantan.
 Anak ini sedang diuji sifat 20 dan nama-nama malaikat beserta dengan tugasnya. Zaman sekarang nih kalo tanya orang tua pon belum tentu boleh jawab.......
 Haji nasaruddin sedang menguji kecekapan anak - anak ini tentang haji. apa yang perlu dibuat bila kita pergi haji. Mcm mana nak sa'i, Towaf , dan sebagainya....berebut2 mereka nih nak jawab....anak2 di sini diajar untuk ada sifat " Yakin" dan guru2 nya pulak tidak terus menyalahkan kalo jawapannya salah.....
Gambar aktiviti yang dijalankan...antaranya lawatan sambil merenung ciptaan Allah...Berenang...Menunggang Kuda . Semua aktiviti yang dibuat bersandarkan Sunnah Rasullallah...S.A.W....

Aku x sempat nak tengok corak pembelajaran di dalam kelas sebab aku terpaksa pulang ke Ipoh dengan segera sebab ada beberapa perkara yang perlu dilaksanakan..walaubagaimana pun haji nasaruddin dan anak2nya sudah aturkan untuk aku pergi melihat sessi pembelajaran di cawangan Sungai Petani, Kedah....Insyaallah dalam masa terdekat aku akan ke sana......

Sama2 kita berdoa supaya NurMaisarah Islamic Learning Centre dapat dijalankan dengan segera.....

Isnin, 9 Mei 2011

SUMBANGAN AMAT DIPERLUKAN UNTUK ASRAMA ANAK YATIM YAYASAN AMANAH AN-NUR MAISARAH

YAYASAN AMANAH AN-NUR MAISARAH
Reg. No. PPAB. 04 / 2006



Membela Anak-Anak Yatim / Miskin Malaysia
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
9th MAY 2010


Penderma Budiman,

Tuan,

MEMOHON DANA SUMBANGAN IKHLAS UNTUK PENGURUSAN ANAK-ANAK YATIM DAN MISKIN


Dengan segala hormat dan takzimnya saya diarah untuk merujuk kepada perkara di atas.

Saya Dr. Fazillah Binti Nordin selaku Pengerusi dan Pemegang Amanah Yayasan, mewakili dua orang Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan kakitangan serta anak-anak Yayasan mengucapkan salam kepada Tuan sekeluarga.

Untuk makluman pihak Tuan, Yayasan Amanah An-Nur Maisarah merupakan sebuah pertubuhan NGO yang didaftarkan di Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri. Yayasan juga berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan telah memperolehi kelulusan “Akta Pusat Jagaan” sejak dari tahun 2006.

Amat membanggakan sehingga kini, Yayasan telah mempunyai anak-anak seramai 79 orang yang mana 13 daripadanya berada di asrama penuh; manakala 29 orang telah berada di IPTA/IPTS. Dengan menggunakan konsep kekeluargaan, Yayasan akan meneruskan misi kebajikan ini dengan sokongan dan kerjasama dari semua pihak.

Oleh yang demikian, pihak Yayasan amat memerlukan bantuan sumbangan dana dari pihak Tuan demi untuk pembangunan, pendidikan dan sahsiah diri anak-anak tersebut memandangkan kos pengurusan semakin meningkat mengikut nisbah jumlah anak dan pencapaian akademi mereka. Bersama ini kami sertakan borang sumbangan individu atau kakitangan dari pihak syarikat Tuan yang sudi untuk membuat sumbangan ikhlas kepada Yayasan.

Setiap sumbangan dalam bentuk kewangan akan diberikan resit pengecualian cukai pendapatan yang telah diluluskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri rujukan LHDN 01/35/42/51/179-6.6186 bertarikh 15 Ogos 2007.
No. Warta Kerajaan: 3857              Tarikh Warta Kerajaan: 13 Mac 2008

Firman Allah yang bermaksud: “Kamu sekali-kali tidak akan mencapai kebaikan (yang sempurna) sehingga kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu sayangi. Dan apa sahaja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya” (Surah Ali-Imran ayat 92).

“Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkat darjatnya”.(Riwayat Muslim)

Jasa baik dan keperihatinan dari pihak Tuan kami dahului dengan jutaan terima kasih. Semoga Allah S.W.T memberi ganjaran yang sewajarnya kepada Tuan.

Sekian, terima kasih.

“YAYASAN BERWAWASAN KOMUNITI BESTARI”

Yang Benar,

DR. FAZILLAH BINTI NORDIN
PENGERUSI/PEMEGANG AMANAH
YAYASAN AMANAH AN-NUR MAISARAH




Sebarang pertanyaan boleh lah menghubungi pejabat Yayasan Amanah An-Nur Maisarah :

Ust. Mohd Yuzrim Yahya
Setiausaha Kehormat
Yayasan Amanah An-Nur Maisarah.

YAYASAN AMANAH AN-NUR MAISARAH (PPAB. 04/2006)
NO. 33581-B, JALAN IPOH-CHEMOR, BATU 9, 31200 CHEMOR, PERAK DARUL RIDZUAN
 TELEPHONE/FACSIMILE
05 – 201 4423
         www.annurmaisarah.com