PENGUMUMAN

Yayasan amanah an-nur maisarah dalam usaha untuk mengumpul dana pendidikan...mohon kerjasama semua untuk sebarkan kepada saudara mara dan sahabat handai.....

Mendermalah walaupun RM 1.......

Rabu, 14 November 2012

GRADUAN ~ KITA MANUSIA PALING RUGI

Salam S.P.M.....

Ibu bapa akan buat apa saja untuk melihat anaknya berjaya dalam peperiksaan SPM....ada yang menghantar ke kelas tambahan,panggil guru ke rumah. Setiap kali mensyuarat PIBG,perkara berkaitan dengan kelas tambahan akan menjadi satu isu yang hangat dibincangkan.

Perkara ini berlaku kerana setiap ibu bapa berkehendakkan anak mereka mendapat 'A' dalam semua matapelajaran yang diambil. Contoh yang menjadi rujukan dan semangat ialah ( Nik Nur Madihah ).

tapi....tahukah ibu bapa sekalian sebenarnya orang yang paling rugi skrg  ialah orang yang bergelar graduan?

Kenapa saya berkata demikian??

Saya tinggalkan persoalan untuk kita sama - sama memikirkan...

Suka saya petik kata - kata Prof. Dr. Hamka

" Kalau hidup sekadar hidup, Babi di hutan juga hidup. Kalau bekerja sekadar bekerja , kera dihutan juga bekerja" ..........

buat anakanda Ainul Annisa...Papa ucapkan tahnia kerana sudah bergelar Graduan Universiti Al Azhar...Papa tahu nisa boleh ....( be a good wife n friend for your husband )



Khamis, 25 Oktober 2012

PENGORBANAN DI AIDIL ADHA

Apa  sebenarnya disebutkan sebagai "korban" di dalam kehidupan di luar konsep ibadat haji?

siapa yang boleh meneka apa yang akan berlaku di hari muka?andai wujud didunia ini mesin "masa depan " seperti di dalam cerita kanak-kanak doraemon sudah pasti kita tidak dapat merasai nilai sebenar kehidupan.

Ujian yang didatangkan oleh Allah kepada setiap hambanya menandakan yang Allah senantiasa merindui akan hambaNya.Sejauh mana kita memanafaatkan rasa kerinduan Allah kepada kita ini?Bagaimanakah cara kita menghadapi ujian di dalam kehidupan?Apa yang perlu kita korbankan untuk menghargai rasa kerinduan allah ini?

walau apa pun yang kita lakukan pastikan kita laksanakan berlandaskan syariat dan kekuatan iman....

INGATLAH ....ALLAH SENANTIASA BERSAMA KITA....


Untuk anak papa " Ainul Mardhiah....SELAMAT PENGANTIN BARU"  Barakallah hulaki wabaraka alaiki  wa jama'a bainakuma fil khair....

Papa senantiasa doakan yang terbaik untuk semua anak-anak papa.....


Jumaat, 17 Ogos 2012

NILAI KASIH SAYANG



Dah 2-3 hari aku tengok iklan raya.Bukan sebab tak sabar nak raya,tapi kerana aku pelik,kebanyakkan video raya menayangkan tentang kasih sayang ayah?apakah sebabnya....

Aku kembali bermuhasabah tentang diri.Aku letakkan diriku dalam keadan demikian. akhirnya aku temui jawapan.....

1) Seorang ayah tak pernah mengatakan dia sayang anaknya tetapi dalam hatinya kasih sayang itu tetap wujud.

2) ayah Bertegas dengan tidak mengikut permintaan anaknya tetapi niatnya satu nak anaknya itu berdikari.

3) ayah tidak pernah bercakap dengan anaknya melebihi 1 minit didalam telefon tetapi kasih sayangnya melebihi nilai masa.

4) ayah tak pernah merungut melayan percakapan anaknya tetapi mendengar dengan penuh perhatian

5) ayah tak pernah marah anaknya berdepan tetapi menyampaikan kepada ibu supaya dilakukan teguran itu dengan penuh berhikmah.

Sesungguhnya kasih sayang ayah juga Setinggi Segunung Intan....cuma tak dapat diluah dengan kata - kata

WAHAI ANAK-ANAKKU...SESUNGGUHNYA PAPA SAYANG KAMU SEMUA HINGGA KE AKHIR HAYAT .......PAPA DOAKAN SEMOGA KAMU SEMUA SENANTIASA BERADA DIBAWAH LINDUNGAN ALLAH S.W.T..........

Sabtu, 30 Jun 2012

Perubahan.....Bersediakah kita untuk berubah

Semua orang ingin berubah.Ada yang ingin berubah dari miskin ke kaya,dari jahat menjadi baik,dari jahil kepada Alim,dari Alim kepada Fakih.Biar apapun lonjakkan yang ingin kita buat,kita memerlukan satu usaha yang konsisten dan sistematik.

Yang pasti  setiap yang ingin berubah mesti berkehendakkan kepada yang terbaik. Jadi,apa usaha kita?apa yang perlu kita buat? Kepada siapa kita hendak meminta pendapat? Buku apa yang perlu kita baca?

Bila semua ini bermain-main di kotak minda kita,perancangan perubahan kita pasti akan terbantut. yang pasti,jika kita membaca al quran ,dan membaca tafisirnya pasti kita akan menemui jawapannya...

Surah al furqan  ( 61 - 77 ) jika kita kaji dan fahami kita akan temui jawapannya kepada semua persoalan yang bermain di fikiran kita....

Dr. Yusof Qardhawy telah menggariskan 12 sifat individu cemerlang didalam kitabnya Nafahat Al jumuaah berpandukan Surah Al furqan...Yang disebut sebagai " Ibadurrahman"

Pertama     : Merendah diri
Kedua       : Murah Hati
Ketiga       : Mendirikan Solat Malam
Keempat   : Takut Neraka
Kelima      : Sederhana Membelanjakan Harta
Keenam    : Bertauhid
Ketujuh     : Jauhi Perbuatan Membunuh dan Menghormati Kehidupan
Kelapan    : Menjauhi Zina
Kesembilan:Taubat Nasuha
Kesepuluh  : Tidak Bersumpah Palsu dan Perbuatan yang Tidak Bermanfaat
Kesebelas  : Menyelami Ayat-Ayat Allah
Kedua Belas: Memohon Kebaikkan bagi Isteri dan Keluarga

Apakah Kita Semua ingin tergolong dalam golongan IBADURRAHMAN??...Renungkanlah...


Isnin, 11 Jun 2012

Bersatu ke Arah Kebaikan

Setelah sekian lama menyepi...kini blog ini kembali kearena penulisan .melalui situasi yang berbeza...Perlukah aku membuka blog baru untuk dunia baru? Setelah berfikir berulang kali,rasanya tidak perlu kerana yang lampau adalah kenangan yang memberi seribu satu jenis pengalaman .Pengalaman yang tak mungkin diajar di mana-mana Universiti.Pengalaman yang mengajar aku erti sebuah kehidupan.

hari ini aku nak bercerita tentang Perkhemahan  Bina Insan Guru ( B.I.G )...aku nak mengkhususkan tentang PAI 2.Bukan nak hidup berpuak ( assobiyyah ) tetapi sekadar untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan yang sudah mula terikat kuat.


Inilah semangat yang terjalin walaupun penat lelah,kesesatan dan kelaparan ,semua itu tidak mematahkan semangat apatah lagi bermasam muka sesama kita.Mungkin ada yang terdetik rasa panas di hati,rasanya lebih baik disimpan agar tidak merosakkan hubungan.

Persahabatan ini semakin erat apabila 2 minggu bersama di dalam KDC. Dari awal pagi membawa kelewat petang,penuh setia menanti pensyarah.walaupun mata kekadang terlelap,akhirnya disegarkan oleh lawak jenaka yang tidak henti demi mengharungi hari yang penuh memenatkan.Walaubagaimanapun tetap digagahi demi mendapatkan sedikit ilmu untuk dipanjangkan kepada anak didik yang dikasihi.

Akhirnya,kerinduan kini terubatdapat bersama kembali anak didik.ada yang mendapat jadual baru akibat rombakan bagi memenuhi dasar jqaf yang sebenar.Tugasan kita semakin mencabar apabila diberikan anak  anak yang sedikit lemah dalam pelajaran.Tapi percayalah,anak-anak ini sebenarnya lebih senang dididik.Mereka penuh adab menanti guru dan menolong guru.Cuma mungkin keadaan yang menyebabkan mereka lemah dalam akademik.

Wahai sahabat sekalian,marilah kita bersama mengubah mereka menjadi insan yang "CELIK ALQURAN SUPAYA MENJADI INSAN GEMILANG"

Sekian