PENGUMUMAN

Yayasan amanah an-nur maisarah dalam usaha untuk mengumpul dana pendidikan...mohon kerjasama semua untuk sebarkan kepada saudara mara dan sahabat handai.....

Mendermalah walaupun RM 1.......

Rabu, 31 Mac 2010

cendawan pula mengeluarkan hasilnya...

Projek cendawan nih dah dimulakan pada awal bulan lepas. ni dah boleh dijual. first harvest nih dah dapat rm 20. x byk tp at least puas hati. Modal semua sekali rumah cendawan, bongkah , rak dan palstik penutup rm 6000.

dah siap packing, dah siap jual. satu packet rm 1.00 saja. layan jer la pic nih....


PENGORBANAN YANG BERBALOI....

5 tahun yg lepas masa aku buat keputusan untuk berhenti keje n libatkan diri dengan aktiviti kebajikan byk org menentang.termasuk my family..tak marah juga kat depa sebab yer la..mana ada org tuan yg nak anaknya susah.tapi Abah aku seorang org tua yg kata2nya menyebabkan aku rasa jalan yg aku pilih ini betul . dia kata kat aku :" xper ein, teruskan. buat keje sungguh2 mcm gaji ein 5-6 ribu, insyallah, Allah x pernah zalim terhadap hamba2nya. aku pegang kata2nya tu sampai hari ni....

dalam masa setahun Allah tunjukkan kebesarannya dengan mengurniakan kepada aku rezki dan pekerjaan yg mana bukan setakat boleh sara diri aku tetapi juga anak - anak dibawah jagaan aku. Allah maha kaya. bila kita susah jgn minta dekat org, tetapi minta dengan Allah. sebab dia maha segala - galanya.

bila aku bawa 6 org anak - anak ni pergi ambil result spm, aku dan my wife la org yg paling gembira. keenam - enam mereka berjaya. w'pun x dapat semua A, tapi keputusan itu melayakkan mereka untuk memasuki institut pengajian .

mereka semua berjaya melanjutkan pelajaran dibawah proram USM dan UTM. Pusat pengajiannya di Kolej Teknologi Bestari, Setiu Terengganu. 2 org dapat lanjutkan diploma kejururawatan USM . jgn x caya dua org yg jadi jururawat tu lelaki. dan 4 org Diploma Sains Multimedia - UTM. Alhamdulilah.

25.03.2010 aku n my wife ke setiu nak daftar mereka. ni lah rupa2 anak - anak yg ceria tu...hehehe




aku mmg x de kompromi dengan pelajaran. tapi, bila dah mcm ni baru depa tahu yg semua ni untuk masa depan diaorang. dan bila dah besar mcm nih, baru depa tahu pikir mana baik dan mana buruk. tahniah. moga2 depa jadi insan yg berjaya duniawi dan ukhrawi.

Selasa, 23 Mac 2010

Peluh sudah Menghasilkan intan.

alhamdulillah...pisang emas sudah bebuah...baru boleh ambil 4 tandang...macam yg sebelum nih aku tulis..20 pokok yg pertama berbuah tidak boleh dijual, tetapi perlu disedekahkan...apa lagi...bersedekah pisang kami ....pisang emas dibawa belayar,...hehehe...tengok la noo...


Cerita Ladang itik di Kuala Kangsar

alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar..tanah yang semak samun dan berbatas - batas sudah hilang dari pandangan mata.yang ada hanya tanah yang sama rata...tiang pagar dah dipasang...ni lah rupanya ladang tersebut skrg...





apabila dah nampak lapang dan cantik mcm nih baru la semangat nak buat keje...rajin juga budak2 nih...tiap2 hari aku kena gi hantaq makanan kat depa...sian lak tgk pulun makan . tengok gaya mmg depa nih sungguh2 nak berjaya...aku x leh la nak join buat sama, tak sempat dengan kekangan masa dan kerja...layan la pic nih...










mesin mixer nih aku beli tahun lepas. harganya RM 1200. dulu aku guna untuk bancuh simen untuk buat surau di yayasan. alhamdulillah projek tu dah selesai. mesin ini masih elok. mcm baru. masa tak guna, siap selimut tu. aku pesan kat depa, dah guna basuh elok2. nanti kita boleh guna lama.bila mesin cantik baru semangat nak buat keje. kalo mesin penuh simen keras, tengok pun xde mood..alhamdulillah....diaorang mmg dengaq cakap. hasilnya...diaorang juga yg senang sebab mesin nih masih canteekkk..




tiang dah siap di pacak...doakan yg terbaik buat kami...


Kecuaian Membawa Padah

nih cerita pasal kebun 6 ekar yg aku dapat haritu.selepas ladang itu dibersihkan, segala lalang2 yang panjang itu telah di sodok oleh traktor ke kawasan belakang.punyala bertimbun & panjang...apa lagi ter bakar secara tidak sengaja...kelam kabut aku dibuatnya...api dah mula nak masuk kebun getah orang...bayangkan aku sorang2 nak kawal api tu...

akhirnya api berjaya dipadam tapi asap masih tebal sampai x nampak apa...apa lagi dah lembek aku dibautnya...capai telefon..call my wife n bgtahu dia suruh call bomba...huhuhu....pengajaran...pengalaman...

masa api tengah marak, aku x sempat tangkap gambar..tapi bila dah bomba datang...sempat lagi tu tangkap gambar ...nih la gambarnya...