PENGUMUMAN

Yayasan amanah an-nur maisarah dalam usaha untuk mengumpul dana pendidikan...mohon kerjasama semua untuk sebarkan kepada saudara mara dan sahabat handai.....

Mendermalah walaupun RM 1.......

Isnin, 11 Jun 2012

Bersatu ke Arah Kebaikan

Setelah sekian lama menyepi...kini blog ini kembali kearena penulisan .melalui situasi yang berbeza...Perlukah aku membuka blog baru untuk dunia baru? Setelah berfikir berulang kali,rasanya tidak perlu kerana yang lampau adalah kenangan yang memberi seribu satu jenis pengalaman .Pengalaman yang tak mungkin diajar di mana-mana Universiti.Pengalaman yang mengajar aku erti sebuah kehidupan.

hari ini aku nak bercerita tentang Perkhemahan  Bina Insan Guru ( B.I.G )...aku nak mengkhususkan tentang PAI 2.Bukan nak hidup berpuak ( assobiyyah ) tetapi sekadar untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan yang sudah mula terikat kuat.


Inilah semangat yang terjalin walaupun penat lelah,kesesatan dan kelaparan ,semua itu tidak mematahkan semangat apatah lagi bermasam muka sesama kita.Mungkin ada yang terdetik rasa panas di hati,rasanya lebih baik disimpan agar tidak merosakkan hubungan.

Persahabatan ini semakin erat apabila 2 minggu bersama di dalam KDC. Dari awal pagi membawa kelewat petang,penuh setia menanti pensyarah.walaupun mata kekadang terlelap,akhirnya disegarkan oleh lawak jenaka yang tidak henti demi mengharungi hari yang penuh memenatkan.Walaubagaimanapun tetap digagahi demi mendapatkan sedikit ilmu untuk dipanjangkan kepada anak didik yang dikasihi.

Akhirnya,kerinduan kini terubatdapat bersama kembali anak didik.ada yang mendapat jadual baru akibat rombakan bagi memenuhi dasar jqaf yang sebenar.Tugasan kita semakin mencabar apabila diberikan anak  anak yang sedikit lemah dalam pelajaran.Tapi percayalah,anak-anak ini sebenarnya lebih senang dididik.Mereka penuh adab menanti guru dan menolong guru.Cuma mungkin keadaan yang menyebabkan mereka lemah dalam akademik.

Wahai sahabat sekalian,marilah kita bersama mengubah mereka menjadi insan yang "CELIK ALQURAN SUPAYA MENJADI INSAN GEMILANG"

Sekian

0 ulasan: