PENGUMUMAN

Yayasan amanah an-nur maisarah dalam usaha untuk mengumpul dana pendidikan...mohon kerjasama semua untuk sebarkan kepada saudara mara dan sahabat handai.....

Mendermalah walaupun RM 1.......

Jumaat, 17 Ogos 2012

NILAI KASIH SAYANG



Dah 2-3 hari aku tengok iklan raya.Bukan sebab tak sabar nak raya,tapi kerana aku pelik,kebanyakkan video raya menayangkan tentang kasih sayang ayah?apakah sebabnya....

Aku kembali bermuhasabah tentang diri.Aku letakkan diriku dalam keadan demikian. akhirnya aku temui jawapan.....

1) Seorang ayah tak pernah mengatakan dia sayang anaknya tetapi dalam hatinya kasih sayang itu tetap wujud.

2) ayah Bertegas dengan tidak mengikut permintaan anaknya tetapi niatnya satu nak anaknya itu berdikari.

3) ayah tidak pernah bercakap dengan anaknya melebihi 1 minit didalam telefon tetapi kasih sayangnya melebihi nilai masa.

4) ayah tak pernah merungut melayan percakapan anaknya tetapi mendengar dengan penuh perhatian

5) ayah tak pernah marah anaknya berdepan tetapi menyampaikan kepada ibu supaya dilakukan teguran itu dengan penuh berhikmah.

Sesungguhnya kasih sayang ayah juga Setinggi Segunung Intan....cuma tak dapat diluah dengan kata - kata

WAHAI ANAK-ANAKKU...SESUNGGUHNYA PAPA SAYANG KAMU SEMUA HINGGA KE AKHIR HAYAT .......PAPA DOAKAN SEMOGA KAMU SEMUA SENANTIASA BERADA DIBAWAH LINDUNGAN ALLAH S.W.T..........

1 ulasan:

Ainul Annisa berkata...

Haha papa tulis tuk ktrg ke? Oh terharu nye. Slamt hari raya pa. Maaf zahir batin. Smga kbahagian y papa cari slama ni sntiasa bsama papa. All the best to u daddy !