PENGUMUMAN

Yayasan amanah an-nur maisarah dalam usaha untuk mengumpul dana pendidikan...mohon kerjasama semua untuk sebarkan kepada saudara mara dan sahabat handai.....

Mendermalah walaupun RM 1.......

Rabu, 4 Ogos 2010

PUASA - ANTARA KEWAJIPAN DAN KETERPAKSAAN...

Sejarah Puasa :

Sejarah umat purba kala, nyatalan kepada kita bahawa puasa itu suatu ibadah terkemuka. Cuma waktu dan caranya saja yg berbeza.Umpamanya:-

1. Bangsa Tibet : mereka berpuasa hanya 3 hari sahaja. dalam sehari semalam mereka tidak dibenarkan makan dan minum walaupun setitik air liur.

2. Bangsa Manu India : Mereka berpuasa terus menerus selama sepuluh hari atau lima belas hari tanpa mengecapi sedikit makanan pun selain daripada beberapa titik air sejuk tiap2 hari.

3. Agama Nasrani : Mereka berpuasa selama 40 hari dalam setahun dan berbuka dengan segelas air sahaja pada tiap2 24 jam.

4. Ahli2 failasof : Sperti Plato, socrates dan lain2, mereka pernah berpuasa selama sepuluh hari tiap2 tahun. Puasa dilakukan berdasarkan untuk pembersihan jiwa.


PUASA DALAM ISLAM

Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala yang membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari beserta dengan niat. Masanya di dalam bulan ramadhan.

Sabda rasullullah S.A.W :

Maksudnya : Orang2 yang berpuasa pada bulan ramadhan kerana didorong oleh rasa keimanan kepada Allah dan dengan penuh kesedaran diampunkan Allah Segala dosanya yang telah lalu

RAHSIA PUASA

1. Malatih jiwa dan menahan nafsu syaitan. Kerana puasa adalah sebagai cabaran kepada manusia sejauh manakah kesabaran dan ketabahan hati mereka memikul beban yang di amanatkan oleh Allah.

2. memberikan rasa insaf dan belas kasihan orang2 kaya atau berada terhadap golongan melarat dan miskin yang senantiasa menderita lapar dan dahaga.

3. Menyihatkan badan .

4. Melatih manusia bersifat jujur dalam segala hal kerana org yg berpuasa itu bukanlah ia berpuasa kerana malu dilihat org , sebaliknya ia tetap berpuasa sekalipun ia tinggal seorang diri.

RUKUN PUASA

1. Berniat pada malam hari untuk mengerjakan puasa pada esok harinya.

2. Menahan diri dari makan, minum, bersetubuh, dan muntah serta menjauhi segala perkara-perkara yang membatalkan puasa, mulai terbit fajar hingga terbenam matahari.

SYARAT WAJIB PUASA


1. ISLAM
2. Mukallah ( Akil Baligh )
3. Suci dari haid dan nifas
4. Menetap ( Bukan Musafir )
5. Kuasa ( Org Lemah atau sakit, Tidak wajib puasa atasnya )

SYARAT SAH PUASA

1. Islam . Org Kafir tidak sah puasa.
2. Suci dari haid dan nifas.
3. Mumaiyiz( dapat membeza antara baik dan buruk )
4. Berpuasa pada waktunya.

PERKARA - PERKARA MEMBATALKAN PUASA

1. Berniat berbuka puasa
2. makan, minum, dan bersetubuh dengan sengaja disiang hari
3. Memasukkan sesuatu kedalam rongga seperti hidung, telinga dan sebagainya .
4. muntah dengan sengaja
5. melihat bulan syawal
6. keluar haid bg wanita
7. Mengeluarkan mani dengan sengaja pada siang hari. Jika dengan bermimpi tidak batal
8. bersalin
9. hilang akal sebab gila atau mabuk pada siang hari bulan puasa
10. Murtad

MAKRUH- MAKRUH PUASA

1. Berkumur- kumur dan menggosok gigi setelah gelincir matahari
2. Berlebih - lebihan memasukkan air kedalam hidung.
3. mengeluarkan kata2 kotor dan sia2.
4. memandang dan mencium bunga dan bau - bauan.
5. Berbekam jika berbekam itu melemahkan badan.
6. Merasa makanan dengan lidah
7. Menguyah benda keras yg tidak boleh hancur, seperti getah dan sebagainya.

SUNAT- SUNAT PUASA

1. Menyegerakan berbuka
2. Melambatkan makan sahur.
3. Menjauhi perkataan yang kotor
4. mengerjakan solat terawikh pada tiap2 malam bulan ramadhan
5. Berdoa dan berzikir
6. Tadarus al quran
7. I'tikaf dalam masjid pada sepuluh akhir ramadhan
8. Memperbanyakkan sedekah
9. Menjamu orang berbuka.
10. baca doa berbuka puasa.

ADAB - ADAB BERPUASA

1. Menjauhkan diri dari mengumpat , mencela, mencaci, maki hamun dan sebagainya.
2. Menjauhkan diri dari segala perkara yang membatalkan puasa
3. Mengurangkan makan dan minum ketika berbuka dan bersahur
4. Mengurangkan tidur
5. Menahan hati dari memikirkan keinginan yg hina dan kotor
6. Hendaklan selalu mengingati bencana di akhirat
7. Menanamkan rasa penuh harapan terhadap segala ibadat kita semoga dibalas Allah.

TINGKATAN ORANG-ORANG YG BERPUASA

1. Golongan Awam : iaitu orang yg hanya menahan diri dari makan , minum dan bersetubuh sahaja.

2. Golongan Ahlul Khawas : iaitu org yang menahan dirinya dari makan dan minum serta syahwatnya kerana Allah dengan mengharapkan keampunan dan syurga atau terhindar dari neraka

3. Golongan Ahlul Ma'arif: iaitu orang yg menahan makan, minum serta syahwat, juga menahan hati dan segala pancaindera dari segala yg tidak disukai Allah kerana semata- mata mengharapkan redha Allah.


AMALAN - AMALAN PUASA YG BAIK DILAKUKAN DI DALAM BULAN PUASA RAMADHAN


1. Sembahyang terawikh
2. Tadarrus
3. Bersedekah
4. Memperbanyakkan Amal

SEMBAHYANG TERAWIKH


Di Sepanjang malam bulan ramadhan disunatkan bersembahyang terawikh. Waktunya sesudah sembahyang isya' dan sebelum terbit fajar. ia boleh dilakukan seorang diri tetapi lebih baik dibuat beramai-ramai.. Sedudah sembahyang terawikh, disunatkan pula sembahyang witir.Sembahyang terawikh 20 rakaat dan sembahyang witir sekurang-kurangnya 1 rakaat dan sebanyak- banyaknya 11 rakaat.

0 ulasan: