Apa yang membuatkan aku sebok sgt nih sampai tak sempat nak tulis dalam blog nih?....rupa2nya aku nak terima menantu.my daughter ainul annisa bakal telah di ijab kabulkan dengan ahmad faiz dari negara brunei.rupa2nya susah juga gheja nih.Kurang pengalaman,dan akadnya pula bukan di tempat kita, mengajar aku dan my wife pengalaman yang tidak diajar di mana2 universiti.bila masing2 sebok,mcm2 pulak ujian yang hampir memusnahkan bahtera yg di bina.
Ahad, 30 Oktober 2011
NISA WEDDING DAY
Isnin, 3 Oktober 2011
PERNIAGAAN UNIVERSITI TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK
Selasa, 27 September 2011
EMPAT GOLONGAN LELAKI BAKAL PENGHUNI NERAKA....
masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka
yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga
amanah itu. Mereka ialah:
1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)
2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)
4. Anak2 lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.
(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)
Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."..!!!!
Khamis, 15 September 2011
Pasai apa dok diam lama sangat
Dah lama tak update blog...sepanjang bulan puasa mmg tak ter tengok blog...nak dok mengadap laptop jauh sekali...
habis puasa sambung beraya....bawa family beraya di kedah..seterusnya beraya di kelantan...perjalanan penuh penyeksaan...x pernah dibuat perjalanan dari ipoh ke kelantan mengambil masa selama 10 jam..mcm2 pengalaman ditempohi...kesabaran teruji....nnt akan masukkan gambar
balik kelantan ada kursus BTN anjuran peyatim di kundasang sabah..tak pernah aku sampai di Kundasang ni...kalo setakat KK tu oklah...menahan kesejukkan selama 4 hari 3 malam di sana..terlupa bawa baju sejuk.
tp mmg cantik kem BTN kundasang Sabah.Layan PIc dulu
Rabu, 20 Julai 2011
BAGAI DUA JARI
Semalam ada seorang kenalan..abdul aziz bin ahmad mengirimkan sumbangan kepada anak2 di yayasan aku.dia nih selalu datang bersembang dengan aku..mcm2 topik...smlm dia x datang..cuma dia pos cek dan juga sajak.....
nih aku kongsikan...
Bagai dua jari
Begitulah dekatnya kita kelak
Bila engkau mengasihi anak yatim
Meluangkan waktu untuknya
Membelai rambutnya
membendung air matanya
saat kesedihan akan mengucur dari tubuhnya
Bagai dua jari
Begitulah setaranya kita kelak
Bila engkau beri seteguk air minum buat si yatim
Menyanyikan kegembiraan untuknya
melipur gundah di dadanya
saat ia gelisah menerawang mencari ayah
Bagaimana mungkin kita bagai dua jari
Pada satu saat kelak
Bila engkau membiarkan anak yatim
Bahkan haknya kau rebut
Dan kehendakmu kau perturut
Kau pancing air mata
Kesedihan yang mengumpul di dada
Dan kehendakmu itu
Nafsu serakahmu itu
Masih kau pelihara juga
Dan untuk itu saudaraku
Tak usah khuatir
Akan mengalir
Rasa sangsi
Bagai sungai
Mengelingi tubuhmu
Menusuk-nusuk dagingmu
Menyerang urat sarafmu
Sehingga kau berkata
Racun apa yang masuk ke mulutku
Sedang engkau sedang melahap
Juadah yang serba enak
Bagaimana mungkin kita bagai dua jari
Suatu saat kelak di akhirat
Sedang hak anak yatim kau gasak
Cetusan rasa
L.K.Ara, Acheh Darussalam
4 Januari 2011
Khamis, 30 Jun 2011
Perniagaan Annur Maisarah.....KINI DIBUKA......"Kita bermula dengan Kesederhanaan"
1hb Julai 2011....Jumaat Jam 10.00am....Perniagaan annur maisarah kini dibuka.Walaupun serba kekurangan...sekurang2nya ini merupakan perintis untuk langkah yang panjang...Lesen PBT dah dapat.Lesen Beras dalam permohonan.dijangka akan diperolehi dalam tempoh sebulan....Modal sendiri yang dikeluarkan dah hampir mencecah Rm 50 000.00.Sekarang tengah tunggu kelulusan permohonan pinjaman..Doa yang baik..harap2 kelulusan diperolehi dengan segera.
Untuk hari pertama ini dua orang anak yayasan telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalau mini market ini..kedua2 mereka belajar di Kolej Teknologi Bestari,Setiu,Terengganu..Mereka ialah Nurhafiz dan mahathir.
Inilah gambar pembukaan hari ini....
ada Jiran yg tumpang berniaga ..xperlah....sama2 menumpang mencari rezki
Biskut2 popular yang turut dijual....
Itulah saja...doakan yang terbaik ......mari kita sama2 "gunakan nikmat utk khidmat..."
Isnin, 27 Jun 2011
Perniagaan Annur Maisarah...mimpi kini hampir menjadi realiti...
Setelah pening kepala dok cari modal nak beli barang2 dalam kedai akhirnya aku ambik keputusan beli jer barang dengan modal yang ada...dok nak tgu duit ada byk bila nak boleh beli...elok2 dah ada modal anak2 pulak nak masuk Universiti...tahun nih saja 11 orang bakal masuk Universitinya...matriknya..takperlaa..dahulukan mereka dulu...janji diaorang leh masuk belajar dengan sempurna seperti mana anak2 orang lain...
Kedai mcm mana?....yakinlah rezeki itu hak Allah S.W.T..bukan hak makhluk....7 bulan bayaq sewa saja...nih dah leh masuk barang..nak citer kesahnya kang panjang pulak ..sebab apa yg sampai 7 bulan bayaq sewa saja tu..hmmm,....
Semalam pakat2 ramai2 atur barang yg x seberapa tu...janji dah atur..buat semangat....kedai ni nanti akan menjad salah satu sumber pendapatan tetap utk Rumah anak Yatim Yayasan Amanah An-Nur Maisarah.....nak harap orang bagii sumbangan sampai bila...puas dah dok maklum..dalam blog..dengan surat..telefon...sms...apa pun tarak....tp x per lah....janji anak2 hari tu dah leh masuk U...sama seperti anak orang lain....terima kasih kepada kawan2 yg sudi bagi pinjam....hehehee....Allah taala jualah yg akan membalas jasa kalian semua....kepada semua kakitangan yayasan...pakat2 la buat keje supaya rezeki kita bertambah..jgn dok sebo nak mengumpat saja..hhehehehe.....
Ni lah gambaq sekitar penyusunan barang semalam.....
nih ada lagii...byk plak gambaq...excited ..hahaaa
Anak2 balik cuti semester menolong...alhamdulillah diaorang ada...x sia2 hantaq ngaji bisnes admin..hehhehe...diorang nih lebih advance dari kita..cuma nak pasang price labeller saja memerlukan orang lama yg pakar.....hahaha...anyway..happy.....
Ulang Tahun ke -5 Pusat Pendidikan Al Barakah
Alhamdulillah....aku dan anak2 dijemput utk ke majis ulang tahun tersebut...program diadakan dirumah menteri besar perak...selalu bila aku pergi umah MB, kalo program mula kul 9am,pukul 8.30am masih byk ruang parking,tp kali nih Allah Hu Akbar,...full parking....orang berduyun-duyun...
Pusat ini dimiliki oleh Ustaz kazem ilyas Al Hafiz...didalam majlis tersebut disamping pelancaran kutipan dana pembangunan maahad tahfiz albarakah ada juga majlis ceramah agama...rupa2nya ramai daripada orang kita yang dahagakan ilmu agama...tp yg heran tu..yg muda2 x dak ..semua yang dah veteran...hmmm
Kehadiran dianggarkan lebih kurang 6000 orang...fuhhh....apa2 pun TAHNIAH PUSAT PENDIDIKAN AL BARAKAH....
Isnin, 16 Mei 2011
Mencari Modul terbaik untuk NurMaisarah Islamic Learning Centre
Ini Pulak buku2 rekod pelajaran anak-anak yang belajar di madrasah al wahidah, kuantan.
Isnin, 9 Mei 2011
SUMBANGAN AMAT DIPERLUKAN UNTUK ASRAMA ANAK YATIM YAYASAN AMANAH AN-NUR MAISARAH
Ust. Mohd Yuzrim Yahya
Setiausaha Kehormat
Yayasan Amanah An-Nur Maisarah.
YAYASAN AMANAH AN-NUR MAISARAH (PPAB. 04/2006) | ||
NO. 33581-B, JALAN IPOH-CHEMOR, BATU 9, 31200 CHEMOR, PERAK DARUL RIDZUAN | ||
TELEPHONE/FACSIMILE | 05 – 201 4423 | www.annurmaisarah.com |