PENGUMUMAN

Yayasan amanah an-nur maisarah dalam usaha untuk mengumpul dana pendidikan...mohon kerjasama semua untuk sebarkan kepada saudara mara dan sahabat handai.....

Mendermalah walaupun RM 1.......

Isnin, 16 Mei 2011

Mencari Modul terbaik untuk NurMaisarah Islamic Learning Centre

Aku, my wife n exec. admin yayasan pergi ke pahang untuk berjumpa dengan haji Nasaruddin. Pengasas I-LIFT. Aku Bertolak dari ipoh Jam 11.00 Am pada 14.05.2011 dan sampai di Pahang jam 3.30 am pada 15.5.2011...letih sungguh...samapi jer terus cari hotel nak menginap. Pukul 9.30 am nanti   nak jumpa untuk presentation Modul nih Dengan Pengasas I-LIFT.Dan akhirnyaa....aku berjaya juga sampai pada waktu yang ditetapkan.

 Ini Pulak buku2 rekod pelajaran anak-anak yang belajar di madrasah al wahidah, kuantan.
 Anak ini sedang diuji sifat 20 dan nama-nama malaikat beserta dengan tugasnya. Zaman sekarang nih kalo tanya orang tua pon belum tentu boleh jawab.......
 Haji nasaruddin sedang menguji kecekapan anak - anak ini tentang haji. apa yang perlu dibuat bila kita pergi haji. Mcm mana nak sa'i, Towaf , dan sebagainya....berebut2 mereka nih nak jawab....anak2 di sini diajar untuk ada sifat " Yakin" dan guru2 nya pulak tidak terus menyalahkan kalo jawapannya salah.....
Gambar aktiviti yang dijalankan...antaranya lawatan sambil merenung ciptaan Allah...Berenang...Menunggang Kuda . Semua aktiviti yang dibuat bersandarkan Sunnah Rasullallah...S.A.W....

Aku x sempat nak tengok corak pembelajaran di dalam kelas sebab aku terpaksa pulang ke Ipoh dengan segera sebab ada beberapa perkara yang perlu dilaksanakan..walaubagaimana pun haji nasaruddin dan anak2nya sudah aturkan untuk aku pergi melihat sessi pembelajaran di cawangan Sungai Petani, Kedah....Insyaallah dalam masa terdekat aku akan ke sana......

Sama2 kita berdoa supaya NurMaisarah Islamic Learning Centre dapat dijalankan dengan segera.....

0 ulasan: