YAYASAN AMANAH AN-NUR MAISARAH
Reg. No. PPAB. 04 / 2006
Membela Anak-Anak Yatim / Miskin Malaysia
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
9th MAY 2010
Penderma Budiman,
Tuan,
MEMOHON DANA SUMBANGAN IKHLAS UNTUK PENGURUSAN ANAK-ANAK YATIM DAN MISKIN
Dengan segala hormat dan takzimnya saya diarah untuk merujuk kepada perkara di atas.
Saya Dr. Fazillah Binti Nordin selaku Pengerusi dan Pemegang Amanah Yayasan, mewakili dua orang Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan kakitangan serta anak-anak Yayasan mengucapkan salam kepada Tuan sekeluarga.
Untuk makluman pihak Tuan, Yayasan Amanah An-Nur Maisarah merupakan sebuah pertubuhan NGO yang didaftarkan di Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri. Yayasan juga berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan telah memperolehi kelulusan “Akta Pusat Jagaan” sejak dari tahun 2006.
Amat membanggakan sehingga kini, Yayasan telah mempunyai anak-anak seramai 79 orang yang mana 13 daripadanya berada di asrama penuh; manakala 29 orang telah berada di IPTA/IPTS. Dengan menggunakan konsep kekeluargaan, Yayasan akan meneruskan misi kebajikan ini dengan sokongan dan kerjasama dari semua pihak.
Oleh yang demikian, pihak Yayasan amat memerlukan bantuan sumbangan dana dari pihak Tuan demi untuk pembangunan, pendidikan dan sahsiah diri anak-anak tersebut memandangkan kos pengurusan semakin meningkat mengikut nisbah jumlah anak dan pencapaian akademi mereka. Bersama ini kami sertakan borang sumbangan individu atau kakitangan dari pihak syarikat Tuan yang sudi untuk membuat sumbangan ikhlas kepada Yayasan.
Setiap sumbangan dalam bentuk kewangan akan diberikan resit pengecualian cukai pendapatan yang telah diluluskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri rujukan LHDN 01/35/42/51/179-6.6186 bertarikh 15 Ogos 2007.
No. Warta Kerajaan: 3857 Tarikh Warta Kerajaan: 13 Mac 2008
Firman Allah yang bermaksud: “Kamu sekali-kali tidak akan mencapai kebaikan (yang sempurna) sehingga kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu sayangi. Dan apa sahaja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya” (Surah Ali-Imran ayat 92).
“Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkat darjatnya”.(Riwayat Muslim)
Jasa baik dan keperihatinan dari pihak Tuan kami dahului dengan jutaan terima kasih. Semoga Allah S.W.T memberi ganjaran yang sewajarnya kepada Tuan.
Sekian, terima kasih.
“YAYASAN BERWAWASAN KOMUNITI BESTARI”
Yang Benar,
DR. FAZILLAH BINTI NORDIN
PENGERUSI/PEMEGANG AMANAH
YAYASAN AMANAH AN-NUR MAISARAH
Ust. Mohd Yuzrim Yahya
Setiausaha Kehormat
Yayasan Amanah An-Nur Maisarah.
0 ulasan:
Catat Ulasan