
Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.
Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.
PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.
Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah , yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.
Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.
Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).
Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.
Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu . Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.
Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.
Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.
Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.
Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda .
Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek . Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil . Makanlah pisang.
Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.
Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).
Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari . Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.
Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh .
Stress:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh . Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium..
Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!
Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah .
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.
Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut iaituSebiji pisang sehari dapat menjauhkan anda dari doktor!
Khamis, 24 Jun 2010
KHASIAT PISANG
KHASIAT LIMAU NIPIS

Limau Nipis, mengandungi banyak khasiat .Bukan sahaja di gunakan dalam pemakanan, masakan ,tetapi berguna untuk tubuh badan kita juga bagi kehidupan kita sehari-hari.
MEWANGIKAN RAMBUT
Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan. Kemudian gosokkan ke seluruh
kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih.
Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening
& menyejukkan kepala.
KILATKAN CERMIN MATA
Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau
hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama.
Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih2 kemudian lap
dgn kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat & jelas lebih
lama.
JEMPUT-JEMPUT MENJADI LEMBUT
yg inginkan jemput2 menjadi lebih lembut & enak, cuba masukkan air
perahan limau nipis (buang bijinya) ke dlm adunan tersebut. Hasilnya
pasti memuaskan anda.
ELAKKAN KELEMUMUR
Limau nipis juga ubat kelemumur yg mujarab. Caranya potong limau nipis &
tenyeh pada kulit kepala. Biarkan seberapa lama yg mungkin & bilas.
MENCUCI BARANGAN PERAK
Campurkan perahan air limau & garam ke dlm mangkuk yg berisi air & cucikan
barang perak anda. Hasilnya barang perak akan berkilat.
SEGARKAN TAUGEH
Taugeh akan menjadi segar walaupun berhari2 sekiranya anda mencampurkan
perahan air limau nipis ke dlm air tempat anda merendamkan taugeh. Tetapi
pastikan anda menukar airnya setiap hari.
LIMAU NIPIS CANTIKKAN BADAN
Sediakan segelas air suam & masukkan tiga sudu kecil daun teh & juga
sebiji air perahan limau nipis. Biarkan semalaman. Minum setengah gelas
di waktu pagi & setengah gelas lagi waktu petang. Amalkan 3 kali seminggu.
MENGHILANGKAN KESAN BAU PAPAN PEMOTONG
Adakalanya kita menghadapi masalah utk menghilang bau hanyir pd papan
pemotong. Ambil sebiji limau nipis & kemudian di potong dua. Sapukan
limau tersebut pd permukaan papan pemotong. Hasilnya bau yg terdpt pd
papan pemotong akan hilang.
HILANGKAN BAU KAKI
Sering didapati kaki kita berbau apabila memakai kasut sarung atau
tertutup. Utk mengatasinya, ambil limau nipis, potong2 & gosokkan pd
kaki. Lakukan setiap ptg selepas menanggalkan kasut. InsyaAllah bau kaki
akan hilang.
HAPUSKAN KESAN KARAT PADA PAKAIAN
Utk hilangkan kesan karat pd pakaian, amalkan cara ini. Ambil sedikit
garam, perahan air limau nipis & larutkan bersama air rendaman pakaian &
biarkan semalaman. Keesokkannya cucilah spt biasa.
Selasa, 22 Jun 2010
20 Amalan Murah Rezeki...

Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hambaNya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberianNya…
1. Menyempatkan diri untuk beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)
5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)
7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)
8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.
9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)
12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)
14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.
15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)
17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.
18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Sumber: Majalah ANIS
Jumaat, 18 Jun 2010
Sekeping Gambar Seribu Makna
Semalam Kami menambah lagi bongkah cendawan sebanyak 4000. menjadikannya 9000 bongkah setakat ini..alhamdulillah..menampakkan hasil. Pisang pula dah mula dijual. cuma masaalah itik..
Peracangan awal hendak tempatkan itik di Langkor..tetapi terpaksa di ubah dan dipindahkan ke chemor. ini kerana kawasan tanah di Langkor kuala kangsar itu sering dinaiki air...tergendala semua projek...
inilah sedikit sebanyak gambar terkini...baru tangkap kemarin ni...



ni plak itik....

pisang plak....
Sabtu, 29 Mei 2010
Pisang - Makanan Syurga
Makanan Syurga
ORANG yang mahu mendalami ayat-ayat al-Quran akan menyedari bahawa Allah s.w.t sudah merentangkan segala penjelasan di dalam kitab-Nya dan menunjukkan kepada manusia cara-cara untuk memudahkan hidup dan kehidupan, baik di dunia ini mahupun di alam seterusnya. Subjek lain yang menarik perhatian manusia yang memahami adalah yang diungkapkan oleh al-Quran tentang makanan-makanan yang baik untuk kesihatan.
BUAH-BUAHAN
Al-Quran menyebutkan sejumlah buah-buahan yang diakui ilmu pengetahuan moden, memiliki khasiat untuk mencegah beberapa jenis penyakit. Buah-buahan yang memberikan manfaat kepada tubuh manusia dalam berbagai-bagai cara, juga enak rasanya. Di dalam beberapa ayat al-Quran, Allah s.w.t menyeru manusia supaya memperhatikan kepelbagaian dan keindahan disertai seruan agar merenungkan ciptaan-ciptaan-Nya yang amat menakjubkan, sebagaimana firman-Nya: “Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan daripada tumbuhan-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. Kami keluarkan daripada tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan daripada mayang kurma menghurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan Kami keluarkan pula zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya pada waktu pohonnya berbuah, dan (perhatikan pula) kematangannya. Sesungguhnya, pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah s.w.t) bagi mereka yang beriman.” (al-An’aam: 99)
Allah s.w.t menciptakan pelbagai jenis buah – setiap jenis memiliki rasa dan khasiat tersendiri meskipun semuanya tumbuh di tanah yang sama dan diairi dengan air yang sama. Sebagaimana penciptaannya, kenyataan bahawa buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan sumber-sumber vitamin dan ‘nutrition’ penting, juga mengajak manusia berakal untuk berfikir. Buah-buahan, yang tumbuh dalam tanah lumpur hitam, hanya menyerap unsur-unsur khasiat yang diperlukan (mineral-mineral) yang bermanfaat bagi kesihatan manusia. Bagaimanapun, bagaimana tanah ‘dapat mengetahui’ apa jenis ‘nutrition’ yang harus dihasilkan? Begitu juga, apakah buah yang dihasilkan sesuatu tanaman itu mempunyai kemampuan dan pengetahuan untuk menghunjam ke tanah mencari komponen-komponen keperluannya dan menyerapnya dalam kuantiti yang diperlukannya?
Bagaimanapun, sistem ini bekerja dalam tatacara yang amat sempurna dan lengkap, sehingga setiap jenis tanaman mempunyai warna, rasa dan bau yang spesifik, serta mengandungi mineral dan vitamin dalam kadar yang lengkap. Sebagai contoh, buah tembikai tidak pernah berwarna biru atau masam, tidak juga berbau tanah melainkan sentiasa berbau dan mempunyai rasa tersendiri yang kita kenali. Allah s.w.t, pemilik tunggal dan penguasa jagat raya, menciptakan semuanya ini dan memperlihatkan kepada manusia agar mereka mengambil hikmah dan mensyukuri nikmat-Nya itu. Al-Quran menyebutkan begitu banyak jenis buah-buahan, yang akan tersedia bagi orang-orang yang beriman di dalam syurga. Secara ringkas, kita akan membincangkan hikmah dan manfaat daripada buah-buahan yang disebutkan di dalam al-Quran.
1. Pisang
Al-Quran juga menyebut pisang sebagai salah satu buah-buahan syurga, sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Berada di antara pohon bidara yang tidak berduri, dan pohon-pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya), dan naungan yang terbentang luas, dan air yang tercurah, dan buah-buahan yang banyak, yang tidak berhenti (buahnya) dan tidak terlarang mengambilnya.” (al-Waaqi’ah: 28-33)
Seperti semua anugerah lainnya, buah pisang yang dinikmati para penghuni syurga tentu akan jauh lebih sempurna daripada pisang yang dapat dibayangkan tersedia di dunia kini. Betapapun, pisang-pisang yang tersedia di syurga tidak pernah jadi busuk dan akan memiliki rasa dan wangi yang tidak mungkin kita bayangkan sekarang. Bagaimanapun, di dunia ini pun Allah s.w.t sudah menciptakan sejenis buah yang sangat mirip dengan yang ada di syurga dan telah menyediakannya untuk kita. Pisang, buah yang sangat berkhasiat, terdiri atas air (75%), protein (1.3%) dan lemak (0.6%). Setiap biji buah pisang juga mengandungi karbohidrat dan potassium dalam jumlah yang mencukupi Di samping membantu menyembuhkan banyak penyakit, pisang juga berkhasiat untuk penyembuhan demam, gangguan sistem kerja pencernaan, kejang-kejang, dan tergeliat. Tingginya jumlah potassium yang dikandungnya (0.24%) melancarkan sistem perkumuhan di dalam tubuh.
Pisang menurunkan tekanan darah dan digunakan untuk penyembuhan pelbagai alahan atau elergi. Potassium berfungsi bersama sodium, meningkatkan pertumbuhan sel dan otot, dan mengatur ekuilibrium air dan degup jantung. Setiap perubahan pada keseimbangan sodium-potassium dapat mengakibatkan ketidakteraturan pada sistem kerja saraf dan otot. Oleh sebab itu, kita mesti menjaga ekuilibrium potassium tubuh. Di samping itu, kekurangan potassium memberi kesan kepada pada edema (air berlebihan pada sesuatu organ tubuh) dan menurunkan jumlah kitaran gula di dalam darah, maka keseimbangan ini perlu tetap dijaga.
Pisang, yang kaya vitamin B6, juga memainkan peranan penting dalam mengawal tindak balas unsur kimia dari protein dan asid amino, dan merupakan unsur penting untuk menjaga otak berfungsi secara normal. Unsur-unsur kimia ini meningkatkan pengeluaran sel darah merah, menjaga keseimbangan kimia dalam cairan tubuh, membantu pengeluaran tenaga, dan memberikan kemampuan bertahan terhadap tekanan (stres). Karbohidrat berfungsi sebagai enzim pembantu dalam proses metabolisme lemak dan protein. Selain itu, pisang berupaya menyembuhkan banyak jenis penyakit anemia (kekurangan sel darah merah dalam darah atau dalam kadar hemoglobin pesakit), adalah ‘instrument’ dalam pembinaan sel dan otot, memelihara keseimbangan cairan dalam tubuh, dan menyembuhkan penyakit-penyakit pada jantung.
Sebaliknya, kekurangan vitamin B6 boleh mengakibatkan letih, mempengaruhi konsentrasi seseorang, insomnia, anemia, penyakit kulit, dan lain-lain. Allah s.w.t telah menciptakan buah bermanfaat ini dan menjuruskan perhatian kita pada manfaatnya. Allah s.w.t menegaskan bahawa Dia sudah memberikan kepada manusia apa saja yang diinginkan, dan mengingatkan mereka agar tidak bersekutu dengan orang-orang yang tidak bersyukur, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu mohonkan kepada-Nya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah s.w.t, tidaklah dapat kamu menghitungnya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan amat mengingkari (nikmat Allah s.w.t).” (Ibrahim: 34)
Sumber: YADIM (Yayasan Dakwah Islam Malaysia)
Ahad, 23 Mei 2010
catatan tidak bergambar...
salam...
kemlmarin aku pegi ke KG. Gelok ( tempat dijumpai Perak Man ) utk bertemu dengan seorang hamba allah ( Pak Yas ) utk belajar cara membuat dedak makanan itik. aku beli semua barang2 yg dikehendaki. kemudian bawa ke sana. al hamdulillah..selesai belajar jam 6.30 ptg.
SEBAB APA BELAJAR BUAT DEDAK :
4 hari sebelum itu, aku nak beli dedak itik yg selalu dijual dengan harga rm 80 seguni hendak dijual kepada aku dengan haraga rm 88 seguni. betul2 aku rasa tertindas. so , aku mencari jalan dan terjumpa dengan org yg boleh membawa aku berjumpa dengan pak yas.
pak yas ni bekas pegawai pertanian. dia sekarang dok buat baja organik dan EM.
kadang2 aku terpikir juga sampai bila kita nak kena tidas sampai mcm nih. walaupun kita belajar cara buat dedak, tp ramuan2 dia ttp kita kena beli kepada mereka juga. x de sapa ke org kita yg boleh jd supplier dan meniaga mengikut cara islam supaya mengelakkan penindasan?
ada pulak org kita bila kita belajar buat dedak, dia kata..alahh xyaha belajar la..x kemana kalo org kita buat pun . akhirnya habis mcm tu saja..
kalo mcm ni punya pikiran x lama lg x mustahil kita akan dijajah di bumi kita sendiri. Melayu hanya tinggal nama dan di jajah di negara sendiri. Sekarang ini pun kita sudah dijajah. kita nak jual tanaman kita pun kita mengharapkan mereka utk membeli. sampaikan kalo kita buka restoran pun di nilai kedai kita itu berjaya apabila bangsa lain ramai masuk ke restoran kita.
Kenyataannya hari ni memang kita sudah lemah . org kita lebih suka bekerja di tempat berhawa dingin dan memakai tali leher dan kot walaupon kita tahu kenyataannya Poket mereka tidak seindah pakaian. begitu juga dengan org kita yg berniaga. bila untung sikit, mula la upah perkerja dan suruh pekerja buat semua kerja yg sebelum ni kita buat. itu maknanya kita x sayangkan perniagaan kita.
Bila habis saja degre pakat pulun isi borang SPA untuk dapatkan kerja. dok tgu panggilan tanpa membuat apa2 yg mendatangkan hasil. bila kita kata berniagalah. dia jawab x de modal. cuba kita pikir, seorg graduate boleh kata begitu sedangkan dia boleh di katakan ORG YG MENGAJI. di sini saya hendak sebutkan 7 mitos kegagalan
7 MITOS PUNCA KEGAGALAN
1. Keturunan
2. Takdir
3. Pendidikan
4. Bernasib malang
5. Usia
6. Tiada Modal
7. Kejayaan bukan Milik Semua orang.
Begitu juga dengan aktiviti kebajikan. org kita mmg terkebelakang. KITA KALAH. Bila org kita buat, pakat kutuk pula. Aku dah terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan ni dah 6 tahun. mcm2 cacian yg aku terima. yg terakhir aku kena perli oleh seorang KERANI CABUK ( maaf bahasa kasar )sebuah sekolah rendah. selalu aku mmg sabar. tp pagi tu aku dah x dapat menahan kesabaran. semuanya berkaitan dengan yuran sekolah anak2. dia boleh perli aku sambil meminta aku bayar yuran sekolah anak2 seramai 20 org yg bersekolah disitu SAMBIL MENCEBIK MULUT perli2 . bila aku minta list bayaran utk aku buat bayaran dia kata list x keluar lagi. What the Hell ?
inilah hakikatnya kita sekarang . dalam sembahyang kita dah berjanji sehari lima kali. Kita kata " sesungguhnya solatku dan ibadatku , hidup dan matiku adalah utk Allah Tuhan sekalian alam " tp kita tak praktikkan apa yg kita janji dengan Allah S.W.T.
Post kali ni bukan hendak mengata apa2 atau bersifat perkauman, tatapi lebih kepada luahan hati kita bersendiri memikirkan ttg masa depan agama islam itu sendiri.
Isnin, 17 Mei 2010
AYAM KAMPUNG DAN ITIK TELUR
Setelah sekian lama sebok dengan urusan anak2 agak lama juga aku tidak mengemaskini blog ini. tapi segala urusan tentang cendawan, limau nipis , pisang emas, berjalan seperi biasa...
untuk makluman aku juga telah membela ayam kampung kacuk sebanyak 70 ekor. dah sebulan lebih aku membela ayam tersebut. dah besar2 pun. buat setakat ini ayam ini masih belum ada yang mati atau terkena penyakit..alhamdulillah..aku byk ambil maklumat ttg penjagaan ayam2 ni dari blog rakan2 ternak. untuk mengaplikasikan apa yg aku baca , aku beli la 70 ekor dulu...sekarang dalam perancangan untuk menambah bilangan ayam tersebut . perbincangan telah dibuat.Insyaallah penternakan ayam ni juga akan dikembangkan dalam masa terdekat.

ingat lagi ttg ladang itik yg aku cerita dalam artikel terdahulu. Insyaallah itik akan masuk dalam minggu ini sebanyak 1000 ekor...gayat juga dengaq byk2 tu..bukan apa, kos makanan yg tinggi, takut tak tertanggung...tapi aku percaya...kalo kita susah jgn merintih.Allah tak suka...Petua dia...Kalau susah, Minta dan Mohon dengan Dia yg maha Esa..tak dapat Minta Lagi...minta dan terus minta...Insyaallah...ceritanya cina yg membekalkan anak itik tidak menerima tempahan di bawah 1000 ekor..harganya rm 3.50 seekor.
sekarang ni aku membeli itik yg dah bertelur. itik itu baru bertelur 2 bulan. pakcik ni nak jual kerana dia sudah tidak mampu nak jaga kerana masalah kesihatan dan kewangan. dua kali aku pergi tengok itik tu..semalam aku pergi lagi dengan my wife. itik tersebut pakat menyerbu ke arah aku n my wife..sambil berbunyi...keputusan diambil..walau apa pun terjadi sama ada rugi ataupun apa, kita selamatkan dulu itik ni..sebab itik ni hanya makan untuk kenyang tanpa khasiat2 yg lain.. jadi aku amik itik tu dengan harga rm 6 each.itik itu sbeleum ini bertelur..sekarang dah tak bertelur walaupun umur masih muda. kerana kekurangan zat.
byk org kata rugi..takut itik itu tak bertelur. tapi aku berani amik juga sebab sebelum ni aku pernah membeli itik yg sudah dibela setahun lebih tp x bertelur..tuan dia bgtahu pun itik tu x bertelur...dan dia nak jual..jadi aku ami juga. aku bagi makan dedak nak bagi bertelur...alhamdulillah dalam masa dua minggu itik itu bertelur sampai kehari ini...sebab itu aku beranikan diri juga utk mengambil itik tersebut
Tentang Cendawan pula, akan ditambah lagi 3000 ribu bongkah menjadikannya sebanyak 8000 bongkah...alhamdulillahhh.,...pelanggan tetap dah ada walaupun susah untuk mendapatkan keyakinan mereka....setakat ini ramai kawan2 yg bantu memasarkan cendawan tersebut..


setelah pelbagai cabang diceburi sekarang ini nampaknya kami boleh menambahkan cendawan kerana mempunyai prospek yg tinggi...
sekian









