Dulu aku bela itik telor 500 ekor..tai batch tu dah expired..dah x bertelor..nih yg baru ada 400 ekor...300 ekor aku beli..100 jabatan veterinar bagi...siap dengan dedak 10 beg x 50 kg dgn ubat anti strees...
sekarang itik nih dah besar....tengah dok belajaq bertelor...bagi la kali nih menjadi...
kepada kawan2 yg nak mulakan bisnes nih hati2..kalo beli itik yg dah besaq, pastikan tempoh yg dia dah bertelor..kalo x jadi mcm aku..rugi saja..
nih aku mula dari bawah balik...modal dah byk lingkop...tanah utk ladang yg mula2 entry dulu mmg dah tutup..sebab?...kawasan banjir daaa...tenggelam 3kaki..hampir sebulan x kering..
nih lah gambar ladang itik yg baru....layan 


Isnin, 7 Februari 2011
Itik Penelor...Generasi baru..
Tahun Baru.... Langkah Baru..Rancangan Baru
Alhamdulilah....ini lah kali pertama aku menulis kembali setelah lama menyepi..bukan nak berhenti ber Blog..tp sebok dengan tugasan harian dan anak - anak yg semakin bertambah..ada yg masuk Universiti( 2 Orang ).
Dan yg terbaru ada 2 orang anak2 yayasan yg masuk Maktab Tentera Diraja , Sg. Besi...depa dapat 7A , Seorang dapat Masuk SM. Sains Tapah, dan seorang lg masuk SM. Sultan Abdul Halim, Jitra...tahniah utk mereka..
Bila anak dah pergi mengaji makin tinggi, kita sebagai penjaga pon kena la cari jln mcm mana nak tambah rezki dan memantapkan diri,supaya kejayaan kita menjadi pendorong kepada mereka...
jadi...jeng..jeng..jeng....
aku telah menyewa sebuah bangunan rumah kedai 2 tingkat...
Tingkat atas akan dijadikan " PUSAT PENGAJIAN ISLAM NUR MAISARAH " siapa pengetuanya?....suprise...heheehe
Tingkat bawah pula akan dijadikan " NURMAISARAH FROZEN FOOD & MART "..hasil dari keuntungan jualan akan dimasukkan 100% untuk kebajikan anak - anak yayasan amanah an-nur maisarah.
Lani tgh dok berjuang mendapatkan modal..doa yg baik...niat baik pasti dibalas baik...
nih gambaq pic kedai tersebut...

Khamis, 25 November 2010
my Nazimuddin n Najmuddin...
ni pulak anak - anak aku....buat semangat...bila dah masukan dlm blog nih nampak besaq pulak...
nazimuddin dah masuk sekolah..walaupun baru berusia 2 tahun 11 bulan..cakapnya petah tanpa ada gagap atau telo...dulu ada org petua bagi makan telor merpati rebus..so, my wife bagi la..berkesan lak...heheh..
najmuddin pulak baru beusia 8 bulan..tapi keje senyummm...je...bila aku drive dia pon nak drive sama...
moga2 depa jadi anak yang solleh...berjaya dunia dan akhirat..
Ini Nazimuddin mustaqiem billah


Ini Pula Najmuddin Rohibullah



cerita itik penelor pula....
dulu aku ada beli itik telur yang orang dah bela dan dah bertelor sebayak 500 ekor..sekoq berhaga rm 6..jadi semua rm 3000...nak jadi citer itik tu hanya bertelor 15 biji sehari..huhuhuh...rugi - rugi...
sekarang aku dah beli anak itik baru sebanyak 300 ekor..jabatan veterinar bagi 100 ekor anak berumur sehari..alhamdulillah..anak - anak itik semakin membesar...
nih gambaq anak2 itik itu masa kecik

Kemalangan.......
Dalam tempoh mendiamkan diri dari arena blog pelbagai peristiwa telah berlaku..antaranya ialah anak aku yang sedang belajar di kolej xxxx telah mengalami kemalangan pada satu malam...terkejut juga bila terima pangilan mengatakan dia kemalangan..walaubagaimana syukur kehadrat ilahi anak aku tidak mengalami sebarang kecederaan.tapi kereta yang aku bagi anak aku guna untuk pergi kolej hancusssss.....
gambaq masa kemalangan tu x pula aku tangkap...hujan renyai2 pada malam tu..apa pun x igt..tapi ini ada la gambaq kereta masa pergi amik kat kedai...serba baru..hahaha
layann

Rabu, 24 November 2010
Kembali ke alam BLOG
Sudah agak lama aku tidak menulis dalam blog ini. Walabagaimana pun semuanya berjalan seperti biasa. Cendawan, Pisang , Itik telur dan Limau nipis masih diteruskan. Permintaan terhadap cendawan senantiasa meningkat. walaupun ada dukalangan pemborong hendak mengambil dengan harga yang sangat murah, dan persaingan harga berlaku, aku tetap berjaya mengekalkan dengan harga asal. Terbukti perlawanan harga ini menjerut leher petani dan peladang. dah Sesiapa yang terjerat, maka usahanya menemui kegagalan. berikut aku sertakan gambar gambar pembinaan rumah cendawan yang baru.
ini proses pembinaan rumah baru 



ini pula rumah lama 


Rabu, 4 Ogos 2010
PUASA - ANTARA KEWAJIPAN DAN KETERPAKSAAN...
Sejarah Puasa :
Sejarah umat purba kala, nyatalan kepada kita bahawa puasa itu suatu ibadah terkemuka. Cuma waktu dan caranya saja yg berbeza.Umpamanya:-
1. Bangsa Tibet : mereka berpuasa hanya 3 hari sahaja. dalam sehari semalam mereka tidak dibenarkan makan dan minum walaupun setitik air liur.
2. Bangsa Manu India : Mereka berpuasa terus menerus selama sepuluh hari atau lima belas hari tanpa mengecapi sedikit makanan pun selain daripada beberapa titik air sejuk tiap2 hari.
3. Agama Nasrani : Mereka berpuasa selama 40 hari dalam setahun dan berbuka dengan segelas air sahaja pada tiap2 24 jam.
4. Ahli2 failasof : Sperti Plato, socrates dan lain2, mereka pernah berpuasa selama sepuluh hari tiap2 tahun. Puasa dilakukan berdasarkan untuk pembersihan jiwa.
PUASA DALAM ISLAM
Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala yang membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari beserta dengan niat. Masanya di dalam bulan ramadhan.
Sabda rasullullah S.A.W :
Maksudnya : Orang2 yang berpuasa pada bulan ramadhan kerana didorong oleh rasa keimanan kepada Allah dan dengan penuh kesedaran diampunkan Allah Segala dosanya yang telah lalu
RAHSIA PUASA
1. Malatih jiwa dan menahan nafsu syaitan. Kerana puasa adalah sebagai cabaran kepada manusia sejauh manakah kesabaran dan ketabahan hati mereka memikul beban yang di amanatkan oleh Allah.
2. memberikan rasa insaf dan belas kasihan orang2 kaya atau berada terhadap golongan melarat dan miskin yang senantiasa menderita lapar dan dahaga.
3. Menyihatkan badan .
4. Melatih manusia bersifat jujur dalam segala hal kerana org yg berpuasa itu bukanlah ia berpuasa kerana malu dilihat org , sebaliknya ia tetap berpuasa sekalipun ia tinggal seorang diri.
RUKUN PUASA
1. Berniat pada malam hari untuk mengerjakan puasa pada esok harinya.
2. Menahan diri dari makan, minum, bersetubuh, dan muntah serta menjauhi segala perkara-perkara yang membatalkan puasa, mulai terbit fajar hingga terbenam matahari.
SYARAT WAJIB PUASA
1. ISLAM
2. Mukallah ( Akil Baligh )
3. Suci dari haid dan nifas
4. Menetap ( Bukan Musafir )
5. Kuasa ( Org Lemah atau sakit, Tidak wajib puasa atasnya )
SYARAT SAH PUASA
1. Islam . Org Kafir tidak sah puasa.
2. Suci dari haid dan nifas.
3. Mumaiyiz( dapat membeza antara baik dan buruk )
4. Berpuasa pada waktunya.
PERKARA - PERKARA MEMBATALKAN PUASA
1. Berniat berbuka puasa
2. makan, minum, dan bersetubuh dengan sengaja disiang hari
3. Memasukkan sesuatu kedalam rongga seperti hidung, telinga dan sebagainya .
4. muntah dengan sengaja
5. melihat bulan syawal
6. keluar haid bg wanita
7. Mengeluarkan mani dengan sengaja pada siang hari. Jika dengan bermimpi tidak batal
8. bersalin
9. hilang akal sebab gila atau mabuk pada siang hari bulan puasa
10. Murtad
MAKRUH- MAKRUH PUASA
1. Berkumur- kumur dan menggosok gigi setelah gelincir matahari
2. Berlebih - lebihan memasukkan air kedalam hidung.
3. mengeluarkan kata2 kotor dan sia2.
4. memandang dan mencium bunga dan bau - bauan.
5. Berbekam jika berbekam itu melemahkan badan.
6. Merasa makanan dengan lidah
7. Menguyah benda keras yg tidak boleh hancur, seperti getah dan sebagainya.
SUNAT- SUNAT PUASA
1. Menyegerakan berbuka
2. Melambatkan makan sahur.
3. Menjauhi perkataan yang kotor
4. mengerjakan solat terawikh pada tiap2 malam bulan ramadhan
5. Berdoa dan berzikir
6. Tadarus al quran
7. I'tikaf dalam masjid pada sepuluh akhir ramadhan
8. Memperbanyakkan sedekah
9. Menjamu orang berbuka.
10. baca doa berbuka puasa.
ADAB - ADAB BERPUASA
1. Menjauhkan diri dari mengumpat , mencela, mencaci, maki hamun dan sebagainya.
2. Menjauhkan diri dari segala perkara yang membatalkan puasa
3. Mengurangkan makan dan minum ketika berbuka dan bersahur
4. Mengurangkan tidur
5. Menahan hati dari memikirkan keinginan yg hina dan kotor
6. Hendaklan selalu mengingati bencana di akhirat
7. Menanamkan rasa penuh harapan terhadap segala ibadat kita semoga dibalas Allah.
TINGKATAN ORANG-ORANG YG BERPUASA
1. Golongan Awam : iaitu orang yg hanya menahan diri dari makan , minum dan bersetubuh sahaja.
2. Golongan Ahlul Khawas : iaitu org yang menahan dirinya dari makan dan minum serta syahwatnya kerana Allah dengan mengharapkan keampunan dan syurga atau terhindar dari neraka
3. Golongan Ahlul Ma'arif: iaitu orang yg menahan makan, minum serta syahwat, juga menahan hati dan segala pancaindera dari segala yg tidak disukai Allah kerana semata- mata mengharapkan redha Allah.
AMALAN - AMALAN PUASA YG BAIK DILAKUKAN DI DALAM BULAN PUASA RAMADHAN
1. Sembahyang terawikh
2. Tadarrus
3. Bersedekah
4. Memperbanyakkan Amal
SEMBAHYANG TERAWIKH
Di Sepanjang malam bulan ramadhan disunatkan bersembahyang terawikh. Waktunya sesudah sembahyang isya' dan sebelum terbit fajar. ia boleh dilakukan seorang diri tetapi lebih baik dibuat beramai-ramai.. Sedudah sembahyang terawikh, disunatkan pula sembahyang witir.Sembahyang terawikh 20 rakaat dan sembahyang witir sekurang-kurangnya 1 rakaat dan sebanyak- banyaknya 11 rakaat.









