5 tahun yg lepas masa aku buat keputusan untuk berhenti keje n libatkan diri dengan aktiviti kebajikan byk org menentang.termasuk my family..tak marah juga kat depa sebab yer la..mana ada org tuan yg nak anaknya susah.tapi Abah aku seorang org tua yg kata2nya menyebabkan aku rasa jalan yg aku pilih ini betul . dia kata kat aku :" xper ein, teruskan. buat keje sungguh2 mcm gaji ein 5-6 ribu, insyallah, Allah x pernah zalim terhadap hamba2nya. aku pegang kata2nya tu sampai hari ni....
dalam masa setahun Allah tunjukkan kebesarannya dengan mengurniakan kepada aku rezki dan pekerjaan yg mana bukan setakat boleh sara diri aku tetapi juga anak - anak dibawah jagaan aku. Allah maha kaya. bila kita susah jgn minta dekat org, tetapi minta dengan Allah. sebab dia maha segala - galanya.
bila aku bawa 6 org anak - anak ni pergi ambil result spm, aku dan my wife la org yg paling gembira. keenam - enam mereka berjaya. w'pun x dapat semua A, tapi keputusan itu melayakkan mereka untuk memasuki institut pengajian .
mereka semua berjaya melanjutkan pelajaran dibawah proram USM dan UTM. Pusat pengajiannya di Kolej Teknologi Bestari, Setiu Terengganu. 2 org dapat lanjutkan diploma kejururawatan USM . jgn x caya dua org yg jadi jururawat tu lelaki. dan 4 org Diploma Sains Multimedia - UTM. Alhamdulilah.
25.03.2010 aku n my wife ke setiu nak daftar mereka. ni lah rupa2 anak - anak yg ceria tu...hehehe
aku mmg x de kompromi dengan pelajaran. tapi, bila dah mcm ni baru depa tahu yg semua ni untuk masa depan diaorang. dan bila dah besar mcm nih, baru depa tahu pikir mana baik dan mana buruk. tahniah. moga2 depa jadi insan yg berjaya duniawi dan ukhrawi.
Rabu, 31 Mac 2010
PENGORBANAN YANG BERBALOI....
Dicatat oleh yuzrim di 2:09 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan