PENGUMUMAN

Yayasan amanah an-nur maisarah dalam usaha untuk mengumpul dana pendidikan...mohon kerjasama semua untuk sebarkan kepada saudara mara dan sahabat handai.....

Mendermalah walaupun RM 1.......

Jumaat, 7 Ogos 2009

Benih pisang Emas Selamat Sampai.

semalam dengan rasminya benih pisang yang kami tempah tu sampai. mula2 aku tengok dari dalam kereta ...nampak sikit jer...kuar2 fuhh...berpeluh dibuatnya. alhamdulillah ada orang ramai pakat tolong . kejap jer selesai. aku beli anak pisang tu dengan harga Rm 0.80 sepokok.
Sambail2 tu aku tanya la cara2 nak tanam n jaga.
En. Hairy tu bgtahu :
1. Tanam bagi dalam sikit. sekurang2nya satu kaki. sebab pisang akan jadi elok dan buah akan berat. kalau tanam cangkat ( x dalam le tu ) buah akan cepat kuar tapi ringan. tanam dalam lambat sikit kuar tapi buah berat.
2. Disebabkan kawasan tanah kami nih lapang maka dia suggest tanam jarak 12 kaki. Sebab x nak bagi pokok tu tinggi sangat . kang angin datang tumbang lak.
3. Jaga daun. jangan sampai kuning baru nak buang. masalah nanti.
4. Jantung pisang kena buang cepat bila dah kuar.
5. Simpan anak yang kedua dan ketiga saja. lebih pada tu buang.
6. anak2 pisang nih jangan dok siram lak. kang mati. sebab pisang nih dah simpan air.
7. cukup umur sebulan kalo nak baja ok jer. tp kalo tanah dah ada baja xyah la. jimat sikit. baru untung banyak.hehehe( sedap tul dengar pasal untung nih. )
8. Apa2 pun nanti ada masalah call dia tanya. pasaran jgn bimbang dia kata. kalo takde orang nak bagi dia.
Aku pun apa lagi. petang tu aku suruh bini aku call yati suh call india yang tolong tanam. petang tu juga india tu datang tanam. hehe. hujan plak petang tu. sempat tanam 100 pokok jer. Hujan rahmat.
esok sambung lain...sekadar berkongsi
Sekarang ladang kami dah ada dua produk.
1. Limau Nipis
2. Pisang Emas

Rabu, 5 Ogos 2009

Hari penuh kelam - kabut

05 - 08 - 2009 hari paling kelam kabut. malam sebelum tu aku baru balik dari KL. Pastu esok pagi seawal jam 6.00 pagi aku bangun. terus kelam kabut siap nak gi hantar man masuk tempat keje bar. pastu terus ke bank. pastu nak ke pejabat pertanian kinta lak. nak kena samapi sebelum pukul 8.30 am. masa kat bank dah jam 8.20 am. adoi....dari bank aku nak kena balik rumah lak. pukul berapa la aku nak sampai pejabat pertanian nih.

last2 aku sampai pejabat pertanian pukul 9.30 am. tengok2 lori ad lagi .. selamatttt.... depa tak pi lagi. bini aku pun pi la tanya pegawai dalam tu ( biasa la ..bini aku PRO . aku malas sikit cakap2 nih ..) rupa2 nya tak jadi nak pi ambil anak pisang sebab lori rosak..fuhhh...

janji esok pagi lak..hehhehe...pastu aku terus la ke pejabat..heheheheh

Isnin, 3 Ogos 2009

Dah Selesai Tanam

alhamdulillah....

akhirnya 02/08/2009 ladang limau kami selamat ditanam dengan jumlah pokok sebanyak 250.Tanam dulu pasnih baru fikir cara nak siram. setakat la nih aku pakai manual jer. mudah. cuma penat sikit. nak buat piping tak mampu lagi rasanya.
sekurang2nya aku kena tunggu setahun untuk dapatkan hasil.lama juga tu.. jadi aku pikir kena tanam benda lain juga di tengah2 tu. rugi wooo biar kosong tanah . jadi kawan bini aku iaitu partner kami la dia order 500 pokok anak pisang emas. fuhhhh....
takut juga aku dibuatnya. tapi aku nak buat juga. alng2 menyeluk pekasam....biar sampai basah satu badan. dah banyak modal kami habis nih....jadi takleh la buat main2...
opsss...lupa lak nak habaq, kami nih ada Yayasan yang membela nasib anak yatim / miskin . Yayasan tu bini aku punya. Kami nih support jer. nih projek nih pun salah satu dari tiga orang pemegang amanah dia ialah Anak2 tu laa...
Rezki tuhan pakat kongsi sama2.
sapa2 nak tahu tentang yayasan tu layarilah www.annurmaisarah.com . semua ada citer tentang yayasan tu. anak2 lelaki yang very2 helpfull.
ekekekek..aku nih teringin nak buh gambar dalam blog nih...alahhh...gambar projok limau nipis tu la...tapi aku tak reti nak buh..tapi takper...nanti aku pi tanya orang cara dia..leh la kita pakat kongsi pengalaman sama2..

Ahad, 2 Ogos 2009

Awal -awal Penanaman

Salam.
Mula2 dulu aku cadang nak tanam jagung. pening kepala aku dibuatnya. modal dah la kena banyak. korek telaga air pula takde. dua telaga aku korek. adoiii...
last2 bincang punya bincang ngan bini aku dan kawan dia akhirnya bini aku bagi cadangan tanam limau niipis. Good Idea tu.
Aku pun cari2 benih yang baik. last2 aku dapatla benih tu kat sabak bernam. Baik pula tuan tu. Nama Amar. Bapa dia pun sporting.
Aku pun tempahla benih limau 250 pokok. lepas tempah tu aku pening juga nak bawa balik mcm mana.nak sewa lori mahal. mau ada 300 - 400 tu. akhirnya amar bagitau bawa dengan kereta pun boleh. mula - mula 10 hb aku pi ambil 170.wakaka. aku sumbat penuh dalam keta innova kawan bini aku . Kira dia nih partner la. byk juga dia bantu.
lagi balance 87 pokok aku pi ambil dengan bini aku saja. apa jadi???
ekekeke...aku sumbat penuh dalam porshe aku.ekekeke bayangkann.
akhirnya 02 / 08 / 2009 siaplah ditanam 250 pokok...alhamdulillahhhhh..
nanti sambung lain...

Penanaman Limau Nipis

Aku masih baru lagi dalam arena pertanian ni. Minat betul aku dengan pertanian nih. tapi takde modal banyak.
akhirnya tercapai juga hasrat aku nak buka ladang dengan bantuan isteri dan rakan - rakan. kira usaha samalah. tak kira lah, yang penting aku boleh jadi petani.hehehe
dulu zaman kecil-kecil dulu ada la juga aku bela lembu tokwan aku.Last2 tokwan jual semua. dapatla juga kat aku dalam harga dua ekor lembu.
apa2pun aku sangat mengalu - alukan kawan2 yang sama - sama dalam bidang nih untuk sama2 kita berkongsi pendapat dan pandangan.