PENGUMUMAN

Yayasan amanah an-nur maisarah dalam usaha untuk mengumpul dana pendidikan...mohon kerjasama semua untuk sebarkan kepada saudara mara dan sahabat handai.....

Mendermalah walaupun RM 1.......

Jumaat, 7 Ogos 2009

Benih pisang Emas Selamat Sampai.

semalam dengan rasminya benih pisang yang kami tempah tu sampai. mula2 aku tengok dari dalam kereta ...nampak sikit jer...kuar2 fuhh...berpeluh dibuatnya. alhamdulillah ada orang ramai pakat tolong . kejap jer selesai. aku beli anak pisang tu dengan harga Rm 0.80 sepokok.
Sambail2 tu aku tanya la cara2 nak tanam n jaga.
En. Hairy tu bgtahu :
1. Tanam bagi dalam sikit. sekurang2nya satu kaki. sebab pisang akan jadi elok dan buah akan berat. kalau tanam cangkat ( x dalam le tu ) buah akan cepat kuar tapi ringan. tanam dalam lambat sikit kuar tapi buah berat.
2. Disebabkan kawasan tanah kami nih lapang maka dia suggest tanam jarak 12 kaki. Sebab x nak bagi pokok tu tinggi sangat . kang angin datang tumbang lak.
3. Jaga daun. jangan sampai kuning baru nak buang. masalah nanti.
4. Jantung pisang kena buang cepat bila dah kuar.
5. Simpan anak yang kedua dan ketiga saja. lebih pada tu buang.
6. anak2 pisang nih jangan dok siram lak. kang mati. sebab pisang nih dah simpan air.
7. cukup umur sebulan kalo nak baja ok jer. tp kalo tanah dah ada baja xyah la. jimat sikit. baru untung banyak.hehehe( sedap tul dengar pasal untung nih. )
8. Apa2 pun nanti ada masalah call dia tanya. pasaran jgn bimbang dia kata. kalo takde orang nak bagi dia.
Aku pun apa lagi. petang tu aku suruh bini aku call yati suh call india yang tolong tanam. petang tu juga india tu datang tanam. hehe. hujan plak petang tu. sempat tanam 100 pokok jer. Hujan rahmat.
esok sambung lain...sekadar berkongsi
Sekarang ladang kami dah ada dua produk.
1. Limau Nipis
2. Pisang Emas

0 ulasan: